Kota Bharu ke LCCT |
Kembali ber4 setelah sekian lama anak2 berada di kampung halaman sempena cuti sekolah hujung tahun.
Kini, kembali sibuk dengan urusan. Menyediakan breakfast sebelum ke ofis dan memasak untuk makan malam. Masa kami ber2 hanya beberapa kali sahaja masak, banyak tapau je makanan.
En.H pula terpaksa membawa anak2 ke ofis memandangkan anak2 memang tak nak ke taska bila cuti sekolah. Macam2 kena sediakan untuk anak2 sebelum ke ofis. Pastikan makanan untuk anak2 cukup sepanjang berada di ofis dan kadang-kala terpaksa bawa bantal dan toto untuk anak2 golek2 sepanjang diofis. Walaupun terdapat sofa kadang-kadang 2 beradik ni tak boleh duk dekat, ada sahaja cari pasal.
Hidup kembali meriah. Terima kasih, Ya Allah kerna berikan kami peluang untuk ku menikmati kehidupan berkeluarga.
No comments:
Post a Comment