Bila anak2 ada jemputan Birthday. Maka saya akan cuba penuhi permintaaan anak2 untuk anak2 hadir ke majlis tersebut. Anak2 akan request dari mamanya untuk belikan hadiah itu atau ini berdasarkan kegemaran kawan2 mereka.
Seperti kebiasaan, saya akan hanya hantar anak2 ke majlis tersebut. Berbual sebentar dengan family yang menjemput dan seterusnya memberitahu keluarga tersebut yang saya akan datang ambil anak selepas 1 jam - 2jam. Anak2 dah besar, biarlah mereka dengan cara mereka. Yang penting pergi dan balik memang saya akan hantar/ambil. Berikan peluang untuk anak2 bergembira dengan rakan2nya.
Kali ini Along bawa Mukhriz untuk join birthday kawannya yang bernama Liw *** Han yang diadakan di KFC. Jam 4.00 petang saya datang semula ke KFC tersebut untuk mengambil anak2. Bertemu sekali lagi ahli keluarga birthday girl untuk mengucapkan Thank You.
No comments:
Post a Comment