-

Friday, 6 April 2012

Perfect Livin* 12 @ PWTC

Memandangkan saya suka berangan. Maka saya ke Pameran Perfect Livin* di PWTC pada hari khamis 05 april 2012. Pameran tersebut diadakan selama 4 hari iaiatu dari 5 april 2012 - 9 april 2012.  Memandangkan saya pergi hari khamis maka pengunjung tidak la ramai. Para pengunjung sila ke kaunter VISITOR.
 
Sila keyin data anda

 Tiada bayaran dikenakan. Anda cuma perlu data anda di dalam laptop yang disediakan. Masukkan email, nama dan no handphone. 

Subscribed

Kemudian akan terpaparlah "This e-mail address has sunscribed to the list". 

Beg untuk mengisi pamplet dan kertas2 pameran.
Setelah proses berjaya anda akan diberikan bag Perfect Livin* yang berwarna merah. Maka seisi meninjau pun bermula. Beberapa gambar untuk tatapan anda.  
 

Logo Perfect Livin* yang diperbuat dari Ais. 






Entrance ke Perfect Livin*


Landskap

Buai
Dining Table

Living Room



Wall paper

Kids Room



Curtain

Wednesday, 4 April 2012

Kerap bershopping?



Kerap bershopping?  Kerap bershopping tak semestinya banyak wang yang diperuntukkan. Sebanyak 3 kali berturut-turut saya mendapat sms dari pihak sogo yang mengatakan saya layak mendapat Free Gift dari pihak Sogo kerana kekerapan saya membeli belah di sana dengan jumlah pembelian tertentu. 

Setiap 3 bln dengan jumlah pembelian tertentu layak untuk mendapat free gift tersebut.Tak perlulah saya nyatakan disini jumlahnya. Kekawan satu department telah tau jika saya kata nak ke kedai runcit maknanya saya akan ke Sogo. Maklum laa tak la jauh sangat nak ke sana. Exercise kaki sekali sekala.



 

Kebiasaanya saya membeli di sogo barang2 makanan. Saya sering mendapat jemputan kahwin, birthday, cukur jambul dan lain2. Maka di sogolah saya membuat pilihan untuk hadiah2 tersebut.  Aktiviti sosial dan jemputan yang diundang mestilah dipenuhi.




Pertama kali saya redeem(sept 2011), saya mendapat beg. Beg ini along guna untuk isi barang2 ke nursery. Mcm2 boleh letak sebab begnya besar dan tahan lasak.




Kali ke 2(dec 2011), saya mendapat 2 keping frame gambar. Tersadai la frame tersebut tak tau nak letak gambar mana. Maklum laa tak print gambar. 



Kali ke 3(mac 2012), dapat sms ujung bln 2 dan redeem ujung mac. Saya dapat beg yang sama masa mcm pertama kali. Saya siap tanya lagi staf Sogo. "Dik boleh tak nak tau berapa harga beg yang akak dapat ni?" dan "pihak sogo jual tak beg ni?" Staf tersebut beritahu saya yang beg tersebut di jual dgn harga RM88 dan buat masa ini beg tersebut tidak dijual lagi. Saya macam tak percaya. "Betul ke RM88?" . Maka saya bertanya lagii. "Dik beg ni RM88?" Staf tersebut menjawab "Ya kak, beg nii kami bagi khas untuk pelanggan yang setia kepada kami.". Dalam hati saya, baik dapat beg nii dari frame gambar. Beg nii boleh digunakan untuk isi barang masa membeli belah ari sabtu. Maklum laa sabtukan tak de plastik.

Tuesday, 3 April 2012

Ucaplah Alhamdulillah



ALHAMDULILLAH adalah kalimah pujian dari seorang hamba kepada Tuhannya.

Sabtu lepas saya telah ke sebuah kedai buku yang terletak di Tesco Shah Alam. Hampir sejam lebih saya di sana. Kebetulan saya tak bawa anak2 kerana anak2 berada di ofis En.H hari itu. Bolehlah saya meninjau2 dan membuat list untuk buku seterusnya yang bakal menjadi koleksi buku saya. Saya telah membuat pilihan untuk membeli buku yang bertajuk "UCAPLAH ALHAMDULILLAH". Cover buku tersebut tercatat "Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Sesungguhnya banyak nikmat yang telah nikmati. Sesekali kita diuji, terasa berat untuk dipikul. Banyak dugaan yang saya lalui. Kehadiran Feqah banyak mengubah kehidupan saya sekeluarga. Terima kasih YA ALLAH, buat kami menjadi kuat semangat dan makin sujud padaMu. Alhamdulilah, semuanya kami lalui dengan begitu tenang sekali.

Saya membeli di kedai ini.
Nama kedai buku tersebut ialah BOOKS etc. Kedai tersebut di tingkat 1. Banyak buku2 agama yang menarik perhatian. Suasana kedai buku sangat selesa. Dengan alunan muzik  dan susun atur yang menarik membuatkan pengunjung leka bila berada di sana. Sedar tak sedar saya begitu lama di sana.


Bab 9- Bersyukur lebih berat dari Bersabar

Thursday, 29 March 2012

Jamu selera - Power Lunch @ Citrus Hotel

Reserved untuk 9 orang

Isnin lepas kami group LAD telah menjamu selera di Citrus Hotel. Lunch time, kami 9 orang ke sana sempena makan-makan untuk birthday Encik Joe. Makan2 kecil-kecilan, Pn Azita ditugaskan untuk membuat booking kali ini. 

Birthday boy mendapat adiah

Inilah kawan-kawanku (LAD Team)
Menu yang dipilih ialah Power Lunch yang cuma berharga RM9.90 seorang. Menu yang dihidangkan ialah nasi putih, gulai nangka, ayam rendang, fried fish fillet dan telur dadar. Sambal belacan dan ulam-ulaman tidak ketinggalan disediakan. Hidangan akhir ialah dessert, buah-buahan dihidangkan untuk menutup menu.