1 July 2016 yang lalu, genap setahun umur baby Muayyad. Kejap je baby Muayyad membesar. Sekarang dah pandai berjalan dan semakin lasak. Macam2 yang diexplorenya.
-
Monday, 4 July 2016
Saturday, 11 June 2016
15 tahun menjadi ibu
Semalam 5 Ramadhan 1437H genap 15 tahun aku bergelar seorang ibu. Syukur kepada Ilahi kerana telah menganugerahkanku 4 cahaya mata iaitu 3 lelaki & seorang perempuan. 2 daripada anak saya dilahirkan di bulan Ramadhan iaitu Hisyraf atau dikenali Along lahir pada 5 Ramadhan, 15 tahun yg lalu. Manakala Muayyad dilahirkan pada 14 Ramadhan tahun lepas.
Pelbagai dugaan, rintangan dan kesabaran perlu ditempuhi dalam membesarkan anak2. saya bersyukur diberikan peluang untuk menikmati nikmat memiliki anak. Anak adalah anugerah tetindah.
Dugaan yang paling hebat yang pernah lalui apabila satu-satunya anak perempuan saya iaitu Arwah Feqah dijemput Ilahi ketika umurnya 4 tahun 10 bulan. Perginya mengadap Ilahi dengan begitu tenang, di malam jumaat. Sudah 4 tahun arwah berada di alam barzakh . Namun saya sayakan ianya sentiasa hadir menenami saya.
Semakin lama bergelar ibu, semakin matang kita berhadapan dengan kerenah anak. Ya Allah jadikan aku seorang ibu yang mampu mendidik anak-anakku ke jalan yang Kau Redhai agar mereka berjaya di dunia dan di akhirat
Monday, 6 June 2016
Laptopku rosak. Lama tak update blog.
Hampir 3 bulan lebih tak update blog dek kerana laptopku rosak. Nak update guna iphone macam kecil je tulisannya. Sekarang laptopku dah direpair. Melayang RM300++ gara2 screen laptopku tak dapat display. Bila on je laptop, screen laptop muncul kejap je lepas tu off. Rupa-rupanya rosak screen.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan yang membaca blog saya. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan sebelum ini dan sentiasa dalam rahmat Allah dan beroleh ketenangan.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan yang membaca blog saya. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan sebelum ini dan sentiasa dalam rahmat Allah dan beroleh ketenangan.
Thursday, 3 March 2016
Lucky Draw - Dapat Bear
Dah lama dapat Bear ini. Dapat dari mana ya? Dapat setelah membuat pembelian RM250 ke atas dari kedai KiDSTYLE / KiDSPORT @ The Garden Mall.
Kalau arwah Feqah Insyirah ada ni, mesti dia seronok dapat tambah koleksi bear . Koleksi bear arwah pun ada juga style bear macam ni. Masa dapat bear ni salesgirl tanya mana gegirl saya nak kasi bear ni, saya jawab saya lah gegirl dalam family kami sekarang. Tetiba rasa sedih pula mengenangkan arwah Feqah Insyirah bila dapat lucky draw bear itu.
Sabar2 ni kat shopping Mall jangan air mata ni menitis. Anak2 saya(Along & Mukhriz) memang dah faham perasaan mama & papanya bila kami tetiba rindu akan arwah. Hakikatnya mereka ber2 juga sering sembunyikan perasaan mereka bila mereka ingat arwah adik mereka.
Brand Oshkosh Bgosh merupakan antara favourite pakaian anak2 masa mereka kecil2 dulu. Now, pakaian Oshkosh Bgosh yang ada masih boleh dipakai oleh Muayyad walaupun pakaian itu telah dibeli hampir 15 tahun lepas. Masih elok lagi.
Beli kasut Nike Mukhriz di kedai ni. Lucky draw dapat bear di atas.
Inilah kasut pilihan Mukhriz kali ni. Asyik la nak beli sport shoes. Kasut ni untuk jejelan & untuk dipakai semasa hari ada PJ/ Sukan di sekolah kebangsaan.Pergi sekolah kebangsaan pun nak gilir2 sport shoes. Anak Oh anak. Satu2 sport shoes tu reganya boleh tahan. Layan je la mereka janji mereka happy dan kita pun happy dapat tunaikan permintaan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)