-

Monday 29 February 2016

Pergi Klinik Kesihatan



Isnin lepas, kami ke Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam untuk mendapatkan injection / vaksin untuk bayi berumur 6 bulan. Masa pergi tu, Muayyad dah 7 bulan lebih.

Kami pergi ke Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam kerana  injection / vaksin untuk baby sekarang susah nak dapat dimana2 klinik/hospital swasta. Mula datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan injection / vaksin untuk baby 3 bulan .

Pepagi lagi dah sampai klinik kesihatan. Datang awal senang sikit nak dapatlan parking. Kalau tak jauh oooo nak jalan masuk ke klinik.

Kaunter mengambil nombor dibuka jam 7.30. Saya sampai jam 7.41 pagi. Dapat no ke 2. Pastikan tekan butang yang betul ya semasa nak ambil nombor kerana setiap butang ada nama kawasan-kawasannya.


Jam 8.00 pagi giliran akan dipanggil.  Walaupun giliran no 2, kami perlu menunggu hampir sejam lebih untuk settle semuanya. Sambil menunggu kasi Muayyad layan youtube Didi & Friends. Muayyad sangat suka Didi & Friends. 

Bab2 menunggu nombor untuk dipanggil kena bertabahlah ya. Maklumlah ramai yang datang mendapatkan perkhidmatan di sini. Service yang diberikan sangat mesra & cekap. Bab2 menunggu ni, kat mana 2 pun kena tunggu kan. Yang penting anak dapat injection / vaksin yang diperlukan. 


Muayyad yang kepenatan menunggu. Lega dah settle 6 bulan punya injection. Next untuk 9 bulan pula.

Tuesday 16 February 2016

Beli Food Feeder Baby

 

Last week, beli food feeder untuk Muayyad. Food feeder ni berbentuk seperti di atas. Senang je nak guna food feeder ni, masukkan makanan ke dalam food feeder ni. Kemudian kasi kat baby. Baby akan gigit food feeder ni, makanan akan keluar dari lubang2 kecil dari food feeder ni.

Baby Muayyad suka makan kurma, jadi saya masukkan je kurma dalam tu. Leka Muayyad makan kurma. 



Pelbagai brand, bentuk & warna food feeder baby yang berada dipasaran sekarang. Pilihlah yang mana yang berkenan mengikut kesesuaian masing2. 



Saya beli food feeder ni dari kedai mom & baby tateh yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam. Dekat je dari rumah kami. 

Wednesday 10 February 2016

Dapat LEGO percuma


2 minggu lepas ke Setia City Mall. Mukhriz kalau ke Mall ni pasti akan ke kedai LEGO ni. Nampak iklan di atas. Apa lagi, jom join aktiviti ni. Masa ni jam 3.45 petang. 



Hanya 20 peserta sahaja untuk setiap sesi. Peserta mestilah berumur 5 tahun-12 tahun sahaja. Masa isi borang, Mukhriz menjadi peserta yang ke 10. Ini kali pertama Mukhriz sertai aktiviti mendapatkan LEGO percuma.


Jam 4.00 petang masing2 diberikan 1 bekas LEGO, Mereka perlu menyiapkan LEGO tersebut. Dan LEGO yang dah siap boleh dibawa pulang ke rumah.


Setiap peserta tekun membina LEGO yang diberikan.


Inilah LEGO yang dibawa pulang. Rupa-rupanya, setiap hari bulan terdapat 1 bentuk LEGO diberikan percuma. Lego diatas adalah LEGO untuk Januari 2016. 

Untuk menyertainya boleh la ke Kedai LEGO @ Setia City Mall. Aktiviti ini diadakan setiap sabtu jam 12tghari, 2 ptg, 4 ptg, 6ptg & 8 malam. Hanya 20 peserta setiap sesi.

Selain kedai LEGO di Setia City Mall, anda juga boleh join aktiviti ini di kedai LEGO yang terdapat di The Curve.

Friday 5 February 2016

Bila anak2 memilih



Untuk pakaian Along & Mukhriz dah lama sangat saya tak pilih untuk mereka. Mereka berdua akan membuat pilihan sendiri untuk keperluan mereka sekarang. Saya tak tahu sangat bab2 fesyen bebudak sekarang.

Layan je la apa yang mereka hendak. Kadang2 tu, bila tengok harga yang agak agak tak patut beli tu saya bebel juga kat mereka. Tetapi kadang kala layan je la janji mereka suka dengan apa yang mereka nak. Beli pakai tak pe, jangan beli simpan dah la.

Anak2 saya suka betul tinjau2 dalam butik H&M. Mula2 tinjau2 dulu, lepas tu mereka list apa yang mereka nak. Tak beli terus tau. Bila sampai rumah mereka baru ngada2 beritahu kat mama dan papanya. Kemudian mereka akan browser semula dalam website H&M tunjuk barang dan harga. Dan  cakap "nanti kita beli ya, mama". Isk isk, macam la mama yang buat keputusan boleh beli ke tak.

Bila hari minggu, masing2 cepat2 siapkan homework. Lepas tu mereka ber2(along & Mukhriz) akan tanya ada nak gi mana2 tak hari ni? Mula la nak ajak gi shopping.

Mana yang berpatutan kami pun belilah. Biasanya kami akan ke H&M Setia City Mall. Inilah hasil pilihan mereka 2 minggu lepas. 

Tuesday 2 February 2016

Limau! Limau!


Kalau musim Chinese  New Year, limau mandarin memang famous je. Mana2 tempat ada dijual. Petang semalam, ada orang tekan loceng rumah kami. Takut oooo nak bukak pintu, memang tak kenal sapa yang tekan loceng. Lama gak loceng rumah berbunyi. Saya tanya sapa tuuu? Nak apa? 

Jawapan yang saya dengar, kami nak hantar Limau, tauke kontraktor kami suruh hantarkan kotak limau ni kat rumah puan.

OOooo...hantar limau rupanya. Nak keluar ambil kena tukar baju lengan panjang & pakai tudung dulu. Jadi saya pun jawap la, letak je kotak limau tuu atas batu pagar tu, nanti saya ambil. Mereka pun letak la kotak limau tu atas batu pagar.

Mereka siap pesan lagi. Nanti ambil kotak limau ni. Saya jawap ya ya nanti saya ambil.

Sebelum makan,  basuh bersih2 dulu limau dan masukkan dalam peti ais. Makan limau ni sejuk2 bestnya.