-

Tuesday 22 September 2015

Lama tak jumpa


Masa cuti Hari Malaysia(Rabu) yang lepas, saya jumpa kawan lama. Memang lama tak jumpa mereka. Kawan saya tersebut bernama Yati(bertudung purple) & Ina(bertudung biru). Saya tak jumpa Yati hampir 21 tahun. Last jumpa masa tahun 1994. Manakala Ina pula 5 tahun, saya tak jumpanya. Last jumpa Ina di KL.



Kami ber3 janji jumpa di Plaza Shah Alam @ Seksyen 9. Hanya 10 minit sahaja dari rumah saya ke Seksyen 9. Kami memilih Krispy kreme untuk kami lepak dan sembang. Bila dah lama tak jumpa, apalagi sembang2  sampai 2 jam lebih. 


Muayyad kami ber3 bergilir2 pangku. Lamanya Muayyad tidur, mesti best tidur dalam pangkuan. Bila Muayyad sedar dari tidur, apa lagi moh la balik sebelum dia nangis nak susu badan. 

Friday 18 September 2015

Cepatnya


2 bulan 13 hari Muayyad dah mula meniarap. Macam tak percaya je.Cepat sangat nak meniarap.

Tengkuk tak tegap lagi dah nak meniarap, Akibatnya bila Muayyad meniarap, muka tersembam dan hidung terpenyek. Dah la hidung tak berapa mancung, terpenyek pulak. Alahai anak. 

Nampak gayanya, macam cepat je boleh berjalan Muayyad ni. Kalau ikut abang2 dan kakaknya umur 9 bulan dah boleh berjalan. Habis lah, rumah di explore nya nanti.

Thursday 17 September 2015

Kenduri Tahlil untuk Abah dan Feqah Insyirah

Cuti Merdeka yang lalu, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman. Satu majlis Kenduri Tahlil untuk Arwah Abah & Arwah anak perempuan kami (Arwah Feqah Insyirah) telah diadakan. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Terima Kasih kepada semua adik-beradik yang pulang ke kampung halaman sempena majlis ini.

Buat Abah "kami RINDU abah, kami doakan abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman". 

Buat Feqah Insyirah "mama, papa dan abang-abangmu sentiasa merindui kenangan bersamamu. Berbahagialah kamu di alam barzakh. Doakan yang terbaik untuk kami di dunia ini agar kami dapat menikmati kebahagiaan diakhirat kelak. Kami semua amat merinduimu. Doakan kami agar kami akan menemuimu kelak di sana. Oh anakku, Feqah Insyirah, kamu kini telah bergelar kakak kerana sekarang dah ada baby Muayyad."


Majlis diadakan pada hari ahad 30/08/2015.

Nasi Minyak & Nasi putih

Ayam percik

Daging Kerutuk

Gulai daging.

Acar nenas pedas.

Ikan Bilis Berkacang & Sambal Belacan

Akok

Tuesday 15 September 2015

Dapat Kereta Baru



Alhamdulillah, dapat kereta baru pemberian dari En.H untuk saya bawa anak2 ke sekolah. Tak pernah pun berangan2 nak memiliki kereta baru. Maklumlah, saya pun dah berhenti kerja awal 2014. Kereta si merah yang saya ada pun jarang2  saya guna,  sekadar untuk dibawa ke sekolah dan kawasan dekat2 je.

Rezeki jangan ditolok. Bila ada pemberian, saya terimanya dengan penuh kesyukuran. Dec 2014, En.H tender no plate untuk kereta baru saya. Bulan 1 confirm dapat no yang ditender itu. Masa tu kami ber2 duk fikir2 kereta mana yang sesuai dengan keperluan yang sepatutnya. Kami decide untuk pilih Honda kali ini.

Bln 2, kami hanya ke dealer Honda @ Seksyen 13 Shah Alam. Jom test drive. Saya try Honda Jazz, alamak macam tak sesuai je dengan umur saya. Kereta Honda Jazz ni cam sesuai untuk yang muda-mudi je. Saya try pula Honda City, sesuai dengan saya yang ada 2 boys dan coming soon 1 boy again. 

Tengah duk servey2 tu, salesgirl beritahu kami yang next 2 week ada launching kereta baru iaitu HRV. Apa lagi kami kata oklah, next 2 week kami  datang lagi untuk test drive. Tiba masa launching HRV kami pun datanglah try. Cam menarik, cam sesuai. Apa lagi terus book & bayar deposit. 

Kami pilih Honda HR-V 1.8 V yang full spec, berwarna Ruse Black Metallic . 4 bulan juga kami menunggu kereta HRV tu. No plate yang kami tender terpaksa kami extend dan kena ke JPJ. Dapat extend lagi 3 bulan no tersebut. Last untuk no plat tu bulan 7. Saya tak kisah pun dapat kereta tu lambat sebab ada kereta si merah saya. Yang penting kami dapat guna no  plate yang kami tender tu di Honda HRV.

Sehari sebelum puasa yang lalu, saya dapat kereta HRV. Pertengahan puasa bersalin dan dapat baby boy bernama Muayyad. Rezeki Muayyad dapat kereta baru untuk hantar abang2 ke sekolah. 

Kereta si merah saya masih ada, sekarang saya gilir2 dengan HRV. Jika saya tak guna HRV, En.H guna. En.H gilir2 dengan kereta si putihnya.

Monday 14 September 2015

Kawan Lama


Weekend lepas, saya ke Tabung Haji, Kelana Jaya untuk jumpa kawan yang akan berangkat ke tanah suci. Hampir 20 tahun tak jumpa kawan saya ni. Last jumpa masa sama-sama nak masuk Universiti. Lepas tu dah tak jumpa-jumpa dah. Maklumlah masing2 dengan hal tersendiri.

Bila dah ada Wassup Group ni, masing2 bertanya khabar. Bila dapat tahu yang kawan saya akan menunaikan haji, maka saya pun catat tarikh untuk berjumpanya. 

Saya sampai di Tabung Haji, Kelana Jaya jam 8.00 malam.   Ramai pengunjung dan bakal jemaah haji di sana. Saya call kawan saya, tapi tak dapat. Berkali2 call, tak dapat dihubungi. Line tepon pun tengelam timbul dah.

Macam2 perasaan ada masa tu. Mana nak cari kawan saya ni. Dah la lama tak jumpa, tertanya2  kat mana dia ?  Pengunjung memang ramai, saya cari sana cari sini. Kesian baby Muaayad kepanasan. Hampir 20 minit juga ke sana ke mari. Hampir putus asa, bukan cepat mengalah tapi fikir kesian baby Muayyad yang kepanasan dan berembun je. 

Saya try call lagi, akhirnya dapat. Happy sangat2.  Alhamdulillah, dapat berjumpa dengannya setelah hampir 20 tahun tidak jumpanya. Didoakan agar kawan saya dipermudahkan urusan sepanjang menjalani ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. 

Friday 11 September 2015

Beli Tulisan Khat


Dah lama saya berkenan tulisan khat dari jauhari.com.my ni. Mulalah berangan-angan nak membelinya. Impian untuk membelinya tercapai bila saya ke Pameran Home Renovation yang diadakan di Midvalley 2 tahun lepas. Saya tempah tulisan khat ni pada 2 jun 2013, iaitu 2 tahun lepas. 

Saya tempah tulisan khat ni pada 2013 tu kerana konon-kononnya nak pindah ke Shah Alam awal 2014. Tapi dek kerana sebab2 tertentu dan sayang nak tinggalkan rumah di Bandar Kinrara maka tulisan khat ni akhirnya di pasang di rumah Shah Alam pada Ogos 2015. 

2 tahun lebih saya buat tempahan tulisan khat dengan hanya membuat bayaran deposit RM500. Bakinya RM1000++ dibayar sebelum pemasangan dibuat. Ni harga 2013 tau, harga sekarang mesti dah naik.

Memang puas hati dengan hasil tulisan khat dari Jauhari ni. Saya memilih Ayat Kursi berukuran 56 " X 25" berframe putih, berbackground hitam dengan tulisan putih. Akhirnya angan2 untuk memiliki tulisan khat ni menjadi kenyataan.

Thursday 10 September 2015

Hantar anak-anak ke Sekolah


Beginilah rutin harian Muayyad masa hantar abang ke sekolah dan ambil abang dari sekolah. Seronok pula duk dalam car seat tu. Kadang-kadang berdebar gak bila sesekali tengok muka Muayyad ala2 nak nangis. Mau gabra dibuatnya, maklumlah ni first time saya ke hulu ke hilir bawa baby.

Anak ke 4 baru boleh merasa situasi begini. Anak2 seblm ni tak merasa mak yang hantar ambil mereka. 

Memang kagum bila melihat  ibu2 di luar sana yang bergelar housewife pada usia muda dengan anak2 yang kecil merempit sana sini setiap hari untuk sesi persekolahan anak2

Wednesday 9 September 2015

Redeem 21 keping RM10 voucher SOGO


Dah lama tak shopping di Sogo. Maklumlah dah tak kerja sekarang ni. Bila pindah ke Shah Alam, terasa jauh pula nak ke  Sogo. 

Hari ini, En.H cuti, saya ajak En.H untuk ke Sogo. Saya nak  redeem point Kad Sogo sebelum kad Sogo expired. Jam 11.40 pagi dah ada di Sogo. Tempat pertama yang dituju adalah 7th Floor. Bila check point, wow!!, boleh dapat 21 keping RM10 voucher Sogo = RM210. Banyak juga rupanya  point kad ni. 

Bila dah dapat voucher, jom habiskan voucher yang ada. Bukan voucher je yang habis digunakan, duit pun banyak gak keluar dari wallet. Lepas ni, tak tau bila la nak ke Sogo lagi.