-

Wednesday 26 August 2015

77 Tahun Usia Nenek


Weekend lepas, ada makan2 di rumah makcik saya sempena menyambut hari lahir nenek saya yang ke 77 tahun. Alhamdulillah, nenek masih sihat. Nenek saya datang ke Shah Alam 2 minggu lepas dan menginap di rumah makcik saya. 

Nenek saya mempunyai 10 orang anak. Mak saya merupakan anak sulungnya. Nenek mempunyai 44 cucu. Kakak saya adalah cucu pertama. Cucu2 pun dah ramai yang kahwin. Kini nenek saya mempunyai 37 cicit. Along merupakan cicit lelaki pertama.

Bergambar dengan nenek di Hari Lahirnya yang ke 77 tahun. Masa ni, baby Muayyad tidur manakala Along ada Rugby Tournament.

Friday 21 August 2015

Spin & Win @The Manhattan FISH MARKET


Setelah penat jalan2 di Midvalley Mega Mall, kami sekeluarga menjamu selera di The Manhanttan Fish Market. 


Saya bab2 makan memang betul-betul berpantang, jadi saya hanya order minuman panas untuk saya. Sedapnya tengok makanan mereka



Sedapnya air minuman ni. Oh tidakkk, ni minuman berais. Pantang! pantang! baby baru 48 hari time tu.




 Black coffee  menjadi minuman pilihan saya kali ini.


Ini menu pilihan Along.


Ini menu pilihan Mukhriz.



 Kami add on 3 mushroom soup.



Dengan pembelian RM60 ke atas, boleh sertai Spin N Win ini.



Dapat 3 voucher ini. Lepas ni bolehlah redeem voucher ni pula.

Wednesday 19 August 2015

Merdeka Saver Rebate Voucher @ AEON

source:  http://www.aeonretail.com.my/

Ahad lepas, saya dan family keluar shopping ke Midvalley Mega Mall. Lama rasanya tak keluar jejalan dek kerana pantang bersalin.  Tujuan shopping kali ini adalah untuk membeli barangan baby.  Masa ni, baby baru umur 48 hari. 

Jom kita shopping. Salah satu tempat yang kami shopping ialah di Jusco. Masa ni Jusco ada buat promosi Merdeka iaitu dengan setiap pembelian RM100 dapat RM10 voucher.

Jom pilih. Dek kerana dah lama tak ada baby, maka seronok pula beli itu dan ini. Sementara saya duk pilih barang baby, Along & Mukhriz layan main token di tempat mainan Jusco. Pada masa yang sama sempat mereka ke riki-riki barang mainan. Hasilnya mainan NERF menjadi pilihan Mukhriz. 


Dengan pembelian tersebut, saya dapat RM60 voucher. Expired voucher ni pada 30 Ogos 2015. Alamak!!, Merdeka ni kami akan balik kampung. Jadi, weekend ni kami akan ke Jusco lagi untuk menghabiskan voucher ini.

Friday 14 August 2015

Riang Ria Aidilfitri bersama Jiran Tetangga


Pada 01/08/2015(sabtu) bersamaan 16 Syawal 1436H, satu majlis Riang Ria Aidilfitri telah diadakan di kawasan perumahan kami. Setiap keluarga dikenakan bayaran RM50 setiap rumah. Seramai 45 keluarga terlibat untuk menjayakan majlis tersebut. Majlis tersebut bermula jam 8 malam dan berakhir 2.30 pagi.

3 buah khemah telah ditempah. Pada permulaannya hanya 35 keluarga sahaja yang join. Tetapi seminggu sebelum majlis semakin ramai yang join. Maka terpaksa tambah khemah dan meja lagi, tapi dek kerana majlis open house yang banyak, pihak khemah tidak dapat menyediakan khemah tambahan yang diperlukan. Jadi ada yang tidak berkhemah. Alhamdulilah, cuaca elok malam tersebut, kalau hujan malam tu, pasti basah mereka yang tak berkhemah.


Antara menu pada malam tersebut ialah nasi putih, nasi minyak, ayam goreng berempah, acar buah, pajeri nenas, daging masak hitam dan papadam. 

Selain itu ada yang membawa rendang ayam, rendang daging, karipap, bahulu gulung, kuih muih, biskut raya dll. Memang banyak menu pada malam tersebut. Memandang saya masih dalam pantang dan tak pandai memasak, keluarga kami hanya menyediakan air mineral 0.5 liter untuk 150 orang.

Jiran tetangga perumahan bergotong royong membuat lemang. Memang meriah sesi membuat lemang tersebut. 



Kebetulan pada malam tersebut mak,ayah & adik saya datang ke rumah saya.  Ayah saya memang pengemar lemang, jadi ayah saya tak melepaskan peluang untuk makan lemang bersama rendang daging. Keluarga saya tak lama berada di rumah saya kerana malam tu mereka akan bermalam di rumah adik saya di Puncak Alam pula.



Pada malam tersebut kanak2 paling gembira, ke hulu ke hilir berlari sana berlari sini. Bawa basikal sana sini dan macam2 lah. Riuh rendah dengan suara kanak2. Saya tak keluar pun, maklumlah dalam pantang lagi. Tapi bila dengar suasana tersebut, bestnya kalau dapat join sekali.


Pada malam tersebut, ada juga yang sponsor bunga api. Macam2 bunyi ada. Memang seronok lah kanak2 pada malam tersebut.


Sambil2 makan, jom berkaroake. Masing2 tak lepas peluang menyanyi. Dek kerana karoake inilah, majlis berakhir jam 2.30 pagi. Pukul 2.30 pagi juga lah Mukhriz baru masuk rumah. Kanak2 juga tak melepaskan peluang menyanyi, mereka memilih lagu "Balik Kampung". Seronok kanak2 ini menyanyi beramai2. 

Thursday 13 August 2015

Sudah Habis Pantang Bersalin


Hari ni, baby dah berumur 44 hari, maka hari ni juga saya habis pantang bersalin. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.

Raya tahun ni ada baby baru, bertambah ceria di hari raya. Tapi yang sedihnya tak dapat menziarahi pusara Arwah Feqah Insyirah yg merupakan satu2nya anak perempuan saya. Maklumlah masa raya hari tuu, saya baru 17 hari bersalin.  Tahun ni dah 3 tahun lebih arwah Feqah Insyirah bersemadi buat selama-lamanya. 

Selama 10 hari saya berada di kampung sempena Aidilfitri. Semasa di kampung dapatlah berurut & bertungku. Hilang segala lenguh2 badan selepas berurut & bertungku. Raya Kali ini tak dapat ke mana2, sekadar pulang ke rumah mak& ayah serta mak mertua je. Bila tengok makanan yang best2, sabar je la. Sekadar tengok je makanan tersebut nak makan tak boleh. Aduhai pantang oh pantang.

Bila balik KL, jemputan open house memang banyak. Jadi kena tinggal lah jaga rumah dengan baby Muayyad kerana mana boleh pergi jalan lagi. Kalau pergi pun, banyak makanan yang tak boleh dimakan. Boleh diet raya kali ni. Kalau raya sebelum ni, lepas raya badan naik bam2 dek makan banyak.

Weekend ni, mau pegi shopping.Tujuan shopping untuk car seat untuk baby Muayyad. Next week saya dah start hantar ambil anak sekolah dah. Lama jugalah berehat dari tengok sekolah anak2 dek bersalin ni. Harap2 baby Muayyad tak de masalah sepanjang ikut mama & abang-abangnya ke sekolah nanti.