-

Monday 25 May 2015

Genap 3 tahun Arwah Feqah Insyirah Menghembuskan Nafas Terakhir

Hari ni, tanggal 25/05/2015, jam 8.50 malam, genap 3 tahun arwah Feqah Insyirah menghembuskan nafas terakhirnya. Hadirnya memberi kebahagiaan dan kembalinya ke Rahmatullah membuatkanku semakin sujud padaMU Ya Allah.

Terima kasih, Ya Allah kerana memberikan ku peluang memiliki anak perempuan walaupun hanya seketika. Berbahagialah anakku di alam barzakh yang pastinya terlalu indah buatmu. Allah lebih menyayangimu. Pastinya anak kecil ini menjadi ahli syurgaMu kelak, terlalu indah pemberianmu Ya Allah.

Walaupun terpaksa menanggung rindu yang mendalam TAPI kami Redha dengan ketentuanMu kerana itulah yang terbaik untuk anakku, arwah Feqah Insyirah dan itulah yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya, segala dugaan dan rintangan ini kami tempohi dengan penuh kesabaran. Dirimu terlalu istimewa buat kami.

Monday 18 May 2015

Rugby Oh Rugby

Along bersama rakan-rakannya dalam pertandingan Rugby 

Rugby oh Rugby. Sejak pindah sekolah kat Shah Alam, Along telah melibatkan diri dalam sukan Rugby. Minat ini muncul apabila salah seorang dari rakannya mengajaknya bermain Rugby dek kerana badannya yang tinggi dan besar. 

Masa mula-mula Along bagitahu saya, saya agak keberatan mengizinkannnya untuk terlibat dengan sukan tersebut kerana sukan Rugby agak lasak berbanding sukan bola sepak. Tetapi bagi En.H, anak lelaki biarlah lasak2.

Setiap minggu ada 2 kali training dari jam 3.30 ptg - 6.30 ptg. Akhirnya Along terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan antara sekolah2 dan juga friendly tournament. Sejak telibat dengan sukan ini, Along makin kurus.

Kejohanan Tangling Rugby Cup-TRC 2015 yang berlangsung di Singapura pada 9 & 10 Mei(Sabtu & Ahad) 2015 yang lalu.

Oleh kerana prestasinya yang memberangsangkan dalam pertandingan2 tersebut maka Along telah terpilih pula untuk mewakili pasukan gabungan sekolahnya & Malaya Ceylon Rugby Club (MCRC) ke kejohanan Tangling Rugby Cup-TRC 2015 yang berlangsung di Singapura pada 9 & 10 Mei(Sabtu & Ahad) 2015 yang lalu.

Pengalamannya dalam pertandingan tersebut adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya apabila bermain menentang pasukan-pasukan daripada Hong Kong, Indonesia, Taiwan dan juga pasukan tuan rumah, Singapura yang rata-rata pemain-pemainya adalah terdiri daripada anak-anak "Mat Saleh".

Secara tidak langsung penglibatannya dalam sukan Rugby ini telah membuat Along lebih berdisplin & fokus dalam pelajarannya dan juga kehidupan sehariannya. 

8 Mei 2015 (Jumaat) bertolak ke Johor jam 3.30 petang untuk pertandingan di Singapura pada 9 Mei & 10 Mei 2015.

Pertandingan @ Singapura 

Pengalaman yang berharga buat Along dalam sukan Rugby
Sebagai kenangan, Along beli bola Rugby mini ni dan keychain cuma SGD 20(RM54)

Friday 8 May 2015

3D2N Pulau Redang - Day 3 - Bye-bye Redang

Jam 10.00 pagi, hari ke 3 @ Redang kami check out dari Redang Lagoon. Jam 10.30 kami sudah menaiki feri untuk ke Jeti Shah Bandar. Pengalaman 3D2N di Pulau Redang, amat berharga bagi kami. Insya Allah, kami pasti akan berkunjung lagi ke Pulau Redang.

Kami sampai di Jeti Shah Bandar, jam 12.00tgh. Flight kami jam 4.50 petang. Maka kami pun roda2 bandar Kuala Terengganu, singgah Pasar Payang, lunch & singgah beli kerepok losong. Kami minta teksi tunggu, dan bayaran teksi yang dikenakan cuma RM40 untuk pusing2 dan  tunggu kami membeli dan last sekali hantar kami ke airport.

Inilah percutian budget untuk 3D2N @ Redang(3 dewasa + 1 kanak-kanak): 

Flight firefly (Subang-K.Terengganu-Subang) = RM69 X 4 org X 2 ways = RM552
Teksi dari Shah Alam ke Subang Airport = RM50
Teksi dari Airport K.Terengganu ke Jeti Shah Bandar = RM30
Pakej Redang Lagoon(3 dewasa + 1 kanak-kanak) = RM1060
Sewa Life Jaket = RM10 x 4 = RM40
Sewa Snorkeling & Mask = RM10 x 2 = RM20
Tiket Marine Park = RM5X3 =RM15
Keychain= RM7.90 + RM 5 = RM12.90
Fridge Magnet = RM7.90
T-Shirt Redang untuk Mukhriz = RM29
Teksi dari Jeti Shah Bandar(pusing2 K.Terengganu + Airport KT) = RM40
Lunch @ K.Terengganu = RM27.90
Beli barang di Pasar Payang = RM55
Beli keropok losong dll = RM80
Teksi Budget dari Subang Airport ke Shah Alam = RM30
Total keseluruhannya = RM 2049.70

Suasana pagi @ Redang Lagoon


Lepak2 dulu sementara menunggu untuk check out

Inilah pengangkutan yang membawa beg dan penumpang ke Feri

Bye-bye Redang. Insya Allah, kami pasti akan ke sini lagi.

Wednesday 6 May 2015

3D2N Pulau Redang - Day 2 - Marine Park

Hari ke 2 di Pulau Redang, kami ke Marine Park jam 9.30 pagi. Tiket untuk ke Marine Park ialah Rm5 untuk dewasa. Kami bayar tiket di chalet. Nak ke Marine Park kami terpaksa meredah ombak untuk menaiki bot. Ini adalah snorkeling yang ke 2.

Jam 2.30 petang ada lagi snorkeling @ open sea. Kami tak join. Sebab dah kepenatan. Lagi pun pada hari pertama kami dah try snorkeling @ open sea. 

Petang, kami keluar awal untuk main pantai. Main sampai puas kerana hari ke 3 kami akan pulang. Malam pula, kami bersiar2 sekitar chalet membeli keychain & T-shirt sebagai kenangan di resort bersebelahan chalet kami.

Hari ke 2, jam 9.30 pagi jom kita snorkeling @ Marine Park



Beginilah keadaan kami meredah ombak untuk menaiki bot untuk ke Marine Park

Sampai di jeti Marine Park

Dengar briefing dulu, kami diberi masa 1 jam 45 minit untuk bersnorkeling

Suasana @ Marine Park

Masing2 dah ready untuk bersnorkeling

Bergambar 1 family dulu

Jom kasi ikan makan roti

Ikan Oh Ikan.

Seronok 2 beradik ni berada di sini. 

Masa 1 jam 45 minit tak cukup untuk mereka ber2. Bila panggil naik, mereka kata "jap,jap"

Jom kita pulang, ada rezeki kita datang lagi