-

Monday 15 December 2014

9 hari di kampung halaman




Bila cuti sekolah, kami pastinya tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman. Seronok bila dapat bersama ahli keluarga tersayang. 

Kebiasaannya, bila cuti sekolah akhir tahun, anak2 saya akan berada di kampung halaman lama kerana tidak mahu ke nursery. Mereka lebih seronok tinggal dengan atuk dan neneknya walaupun terpaksa berpisah dengan mama dan papanya.Namun, tahun ini, memandangkan saya sudah tidak bekerja lagi, maka anak2 cuma balik sekejap sahaja di kampung halaman. 



9 hari di kampung halaman cukup bererti buat kami. Pulang dari kampung demam pula melanda, nak update blog pun malas dibuatnya. Sekarang ni, semakin lama semakin malas nak update blog.