-

Sunday 27 July 2014

Genap 7 Tahun Usiamu


Hari ni, 27 July 2014 genap usiamu 7 tahun duhai anakku arwah Feqah Insyirah. Terlalu indah hadirmu dan terlalu indah dirimu pulang mengadap Illahi.

Walaupun cuma 4 tahun 10 bulan bersamamu NAMUM memory indah bersamamu tetap akan tersemat di hati mama, papa dan abang-abangmu hingga akhir hayat kami. 

Berbahagialah duhai anakku di alam barzakh sana dan pastinya syurga menantimu.

Hari ini akhir Ramadhan anakku Arwah Feqah dan esok akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini, tahun ke 3 beraya tanpamu. Pastinya perasaan Syahdu dan Rindu terhadapmu semakin terasa. 

Ya Allah berikan ketabahan kepada kami agar kami  mampu mengharunginya dengan kesabaran.

Thursday 24 July 2014

Berbuka Puasa @ De Palma Hotel Shah Alam

Jumaat lepas berbuka puasa @ De Palma Hotel Shah Alam

Pelbagai juadah dihidangkan. Nyum-nyum dapat makan gulai udang galah

Ada bacaan Al-quran
Belum raya dah makan ketupat palas bersama serunding daging. Terus teringat ayah & mak kat kampung. Rindu nak makan masakan mak.

Sambil makan dapat dengar tazkirah.

Sambil2 dengar tazkirah, makan rojak buah

Sebelum pulang bergambar dulu dengan sebahagian dari staf En.H

Wednesday 23 July 2014

Sampul Raya & Duit Raya



Hari ni dah 25 Ramadhan. Tak lama lagi dah nak habis Ramadhan. Cepat je masa berlalu. Raya tahun ni agak syahdu sebab tahun ni Abah telah tiada, Abah telah kembali ke Rahmatullah  4 hari sebelum Ramadhan.

Akhir Ramadhan pula adalah hari  lahir Arwah Feqah Insyirah yang ke 7 tahun. Raya tahun ni merupakan raya ke 3 tanpa anak kecil ini. Syahdu dan sangat rindu pada anak kecil ini.


Apa pun Raya Tetap Raya. Duit Raya perlu disediakan dan diberikan kepada sanak sedara. Maka hari ini, saya mengisi sampul raya dengan duit raya. Ada yang RM3, RM5, RM10, RM20 dan RM50. Setiap corak sampul raya membezakan jumlah duit raya yang diisi. 

Yang seronok adalah kanak2, bila sebut raya mesti mereka ingat duit raya. Anak2 saya pun dah imagine berapa duit raya mereka akan dapat tahun ini. Adakah berkurang atau bertambah dari tahun lepas? Tunggu raya lah baru tahu.

Monday 7 July 2014

Bersabarlah Adikku, Allah lebih menyayanginya


Takziah buat adikku yang bernama Fatihah diatas kepulangan suamimu ke Rahmatullah pada3/7/2014(Khamis) jam 6.45 petang. Jenazah dikebumikan pada 4/7/2014(Jumaat). Duhai adikku, bersabarlah. Perancangan Allah terlalu indah, dah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.





Perasaan sedih dan syahdu pasti akan wujud. Menangislah dik untuk meluahkan perasaan. Menangis bukan bermakna kita sedih dengan apa berlaku TETAPI dengan menangis kita akan merasakan betapa bertuahnya kita dipilih untuk melalui dugaan yang diberikan. Tidak semua orang mampu menghadapi dengan ketenangan. Kakakmu yakin, dirimu mampu tempuhi segala-galanya. 

Usah bimbang dik. Dirimu mempunyai kerjaya dalam bidang pendidikan untuk menyara kehidupan anakmu kelak. Kita masih ada mak dan ayah yang akan menjagamu dan anakmu. Dan masih ada adik-beradik yang pasti akan membantumu.  Dik, sentiasalah ingat pada Allah, Allah akan semakin dekat dengan kita jika kita ingat padaNYA dan Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.




Kuatkan semangatmu dik, demi anakmu Rayyan. Anakmu amat memerlukan perhatian mu dik. Al-Fatihah buat suamimu dik. Allah lebih menyayanginya. 

2 tahun lepas kakak mu ini di uji dengan kembalinya Arwah Feqah Insyirah ke Rahmatullah dengan hanya mengadu sakit dada dan menghembuskan nafas dengan begitu tenang sekali. Kini dirimu pula diuji dengan kembalinya suamimu ke Rahmatullah.

Sama-samalah kita melalui perasaan yang tidak dapat digambarkan dan diluahkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang melaluinya akan tahu perasaan itu dan pasti air mata akan mengalir tanpa diminta disaat kita kerinduan. Ingatlah dik, Allah menguji umatnya mengikut kemampuan umatnya. Tempuhilah dengan kesabaran dan keRedhaan moga kita tenang menempuh dugaan yang diberikan.