-

Monday 30 June 2014

Al-Fatihah buat Abah

google image

24 Jun 2014(selasa), abah(bapa mertua) telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.15 tengahari. Hampir 2 tahun lebih Abah berulang alik ke hospital setelah disahkan menghidap kanser pundi kencing. Macam-macam usaha dilakukan, tubik sana tubik sini, buang buah pinggang dll. Kesian tengok keadaan abah.

Sepanjang abah sakit kami memang sering pulang ke kampung melihat keadaannya. Sejak 3 bulan yang lalu keadaan abah agak tidak stabil. Setiap minggu En.H pulang ke kampung menjaga abahnya dan hanya sekali saya menemani abah kerana En.H tidak dapat pulang ke kampung dek kerana kerja. 

Bila tiba cuti sekolah(bln3 & bln6) kami sekeluarga pulang lama ke kampung halaman. Tiada ralat dihati ketika kami diberitahu "abah telah kembali ke rahmatullah selasa lepas melalui telefon". Ini kerana kami telah lakukan yang terbaik sepanjang sakitnya dan kami Redha. Kami tidak sanggup melihat kesakitannya.


Pada selasa pagi, saya telah book tiket flight untuk pulang ke kampung pada hari khamis malam(26 Jun 2014) untuk berjumpa abah dan untuk menyambut Ramadhan bersama abah. Itu pun saya beli one way sahaja iaitu dari Subang ke KB kerana tiket bila beli last2 minute memang mahal harganya dan kami akan beli tiket pulang bila melihat macamana keadaan abah nanti. TETAPI impian untuk menyambut Ramadhan bersama abah tidak kesampaian.

Pada selasa tengahari, jam 1.25 tengahari, saya mendapat call yang Abah telah kembali ke Rahmatullah. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami untuk pulang ke kampung. Terus bincang dengan En.H sama ada nak balik dgn kereta ataupun dengan flight. Akhirnya kami membuat keputusan untuk pulang dgn flight kerana jika pulang dengan kereta akan mengambil masa 7-8 jam perjalanan. 



Terus saya on laptop dan mencari tiket flight. Last minute cari tiket flight memang mendebarkan.Tiket hanya boleh dibook  4 jam sebelum penerbangan. Semua penerbangan saya tengok MAS, Fireflyz, Malindo & Airasia. 

Tiket yang paling awal ialah 5.40 petang. Akhirnya kami book Malindo. Alhamdulillah, berjaya book tiket. Bila dah book tiket terus call adik2 En.H untuk tanya mereka, mereka dapat tak beli tiket. Alhamdulillah mereka juga dpt beli tiket yang sama dengan kami. Maka kami adik-beradik beramai2 pulang ke kampung dengan penerbangan Malindo.

Seterusnya saya ke sekolah kebangsaan untuk ambil Mukhriz dan ke sekolah menengah untuk ambil Along. Sementara itu En.H sempat settlekan gaji stafnya sebelum pulang ke kampung kerana kami memang akan pulang lama kali ini.

Settle ambil anak2, saya pulang ke rumah dan En.H juga baru sampai dari ofisnya. Terus packing barang kerana kami sudah janji dengan teksi jam 4.00 petang untuk ambil kami di depan rumah. Alhamdullilah, segalanya dipermudahkan. Flight ontime dan sampai di airport KB, kawan En.H datang ambil kami. Terima Kasih Ya Allah atas pertolonganMU.

google image

Tenang melihat wajah abah. Bacaan Yassin dibaca buat abah. Alhamdulillah anak2 juga membaca Yassin untuk atuknya. Lepas Isyak abah dimandikan. Along tidak melepaskan peluang untuk turut memandikan abah. Syukur padaMu Ya Allah kerana memberi peluang kepada anakku untuk memandikan atuknya bersama papanya & pakcik-pakciknya yang lain.

Jam 10.00 malam, abah dikebumikan dengan keadaan yang tenang sekali. Kenangan disaat kematian arwah Feqah terlintas di fikiran saya. Semasa di perkuburan, saya memegang erat tangan Along sampai berkata "Along, bila mama & papa dah tua, dah sakit dan meninggal nanti, Along kena buat macam mana papa buat untuk abah dan arwah Feqah. Along memegang erat tangan saya sambil melihat atuknya dimasukkan ke liang lahad dan En.H berserta 2 orang lain mengusung abah. Ya Allah...terima kasih Ya Allah.

Mukhriz tak ikut kerana Mukhriz sebak mengenang abah dan arwah adiknya Feqah Insyirah. Ini kerana arwah Feqah Insyirah juga dikebumikan after isyak. Saya kena kuat demi suami dan anak2. Pusara abah berdekatan dengan pusara arwah Feqah Insyirah. 


Sabtu malam(28 Jun 2014) dengan penerbangan akhir malindo saya dan anak2 sampai di KL. Manakala En.H masih di kampung menemani ibunya. Al-fatihah buat abah. Hari ini genap seminggu abah(bapa mertua) kembali ke Rahmatullah.

Monday 23 June 2014

Hari Sukaneka Sekolah


Sabtu lepas, anak2 saya ada hari sukan. Mukhriz ada sukaneka, manakala Along ada Jagothan PIBG.


Mukhriz pasukan Merah atau dikenali pasukan Bendahara.


Jam 8.00 pagi dah berada di sekolah. Jam 10.30 pagi, tiba giliran tahun 3 untuk sukaneka.



Bersungguh2 nak menang dan nak dapat pingat.


Cepat Mukhriz ! cepat !


Merah ! merah ! merah !


Yeay!!! Dapat tempat ke 2


Alhamdulillah dapat juga pingat untuk sukaneka tahun 2014. Boleh dibuat koleksi dari Sek @ Bandar Kinrara.


Tahun ni, tahun terakhir sukaneka di sekolah ini. Tahun depan akan ke Sekolah @ Shah Alam pula.

Friday 20 June 2014

Kami ke Bukit Gambang WaterPark


Hari ke 2 @ Gambang  Resort City, kami ke waterpark. Along senjaga melambat-lambatkan keadaan dengan breakfast dan sembang2 lama dengan papanya di cafe. Mukhriz pula dah tak sabar2 nak main kolam. Maka saya dan Mukhriz gerak dulu ke waterpark dengan menaiki tram yang disediakan. Bagus gak ada tram nii,  senang nak pergi. Settlekan kehendak Mukhriz dulu.



Sampai di waterpark, mak aiiii, ramainya orang. Maklumlah kami pergi masa cuti sekolah yang lalu. Tengok ramainya orang beratur membeli tiket. Rupanya kaunter yang ramai itu yang walk in dan tidak stay di hotel. Untuk guest hotel , kaunter lain disediakan dan hanya beberapa orang sahaja yang beratur. Lega rasanya tak payah beratur lama.





 

Inilah tiket setelah ditukar. Saya isikan RM60 untuk E-value untuk membeli apa2 barang/sewa pelampung di waterpark nanti. Saya redeem 2 tiket dulu. 2 tiket lagi En.H yang redeem untuk masuk dengan Along.


Mukhriz oh Mukhriz, seronoklah tu. Sibuk duk ajak saya main air, saya kata jap lagi Along dan papa datang. Mama malas nak basahkan baju.



Asyik2 tanya bila papa dan Along nak sampai? Tadi dia yang iya2 nak datang awal. Kan dah tak de geng nak main.


Setelah menunggu sejam setengah. Akhirnya sampailah Along dan papanya. Baru ceria Mukhriz.



Jom cuba slide ini.


Ini pula untuk family, asalnya saya tak nak basahkan pakaian. TAPI anak2 duk bising, "mama ni, tak boring ke duk tunggu berjam2 tak try apa2 pun. rugi je datang. Puas saya mengelak tapi akhirnya terpaksa turutan kehendak 2 beradik ini setelah En.H minta saya tunaikan permintaan anak2 untuk saya join aktiviti ini dengan mereka. Masa ni dah ramai orang. Maka kami terpaksa share dengan family lain. Share pun sharelah janji anak puas hati.



2 beradik ini main dan main kolam. Memandangkan mereka dah besar. Saya minta Along jaga Mukhriz. Ikut mana dia nak pergi. Maka saya & En.H pun sembang2 sambil makan burger.




Kami tak lama di Waterpark ini, sebab kami rasa biasa2 je. Memadailah sekali je kami ke sini. Mungkin tak banyak tempat yang sesuai untuk umur Mukhriz dan Along. Bagi anak2 kecil seronoklah mereka.  Jam 2 kami dah keluar dari waterpark ini. Petang main kolam kat hotel pula.

Wednesday 18 June 2014

Safari Park @ Bukit Gambang Resort City


Cuti sekolah yang lalu, kami ke Bukit Gambang Resort City 3D2N. Perjalanan dari kampung halaman, kelantan ke Bukit Gambang mengambil masa 5 jam. Kami check in hotel jam 4.35 petang. 

 

Setelah check in hotel, kami terus ke Safari Park. Tram disediakan oleh pihak hotel secara percuma ke Safari Park. Memandangkan kami nak cepat, kami ke sana menaiki kereta kerana zone "Wild Savannah" akan ditutup jam 6.00 petang.
 
Saya ke kaunter Safari Park dan terus membeli 3 tiket Adult & 1 tiket kanak-kanak. Tiba-tiba En.H beritahu saya yang dia sangat2 penat tak cukup tidur jaga Abah di hospital dan nak balik hotel untuk rehat. 


Maka hanya saya dan anak2 saya masuk ke zone "Wild Savannah" ini. Untuk ke zone ini perlu menaiki tram dan dikenakan tiket RM1 untuk setiap orang.

Tiket yang saya beli ini termasuk untuk tiket Night Jungle. Tiket ini untuk sehari di Safari Park dan boleh keluar dan masuk semula dengan syarat tag tiket ini dijaga elok2.



Inilah tram yang membawa kami ronda2 zone "Wild Savannah" . Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Tourist guide akan menceritakan tentang haiwan2 yang terdapat disini. Diselitkan beberapa gambar yang sempat disnap di zone "Wild Savannah" ini.













Setelah 30 minit di zone "Wild Savannah", akhirnya tram pun berhenti. Maka kami pun ronda2 di zone lain pula.


Jom kita jalan-jalan melihat apa yang ada. Masa ini, baru terperasan yang bateri tepon dah nyawa2 ikan. Tak banyak gambar di zone lain.



Di sini juga ada Malayan house. Cantik senibinanya.




Inilah suasana Malayan house tersebut. Setelah hampir sejam lebih kami ronda2 kami ke hotel menaiki tram yang disediakan di luar kaunter Safari Park. Bagus juga ada tram ni, tak payah la En.H jemput kami dari Safari Park ke hotel. Bolehlah En.H rehat sebentar.



Lepas Maghrib, kami datang mula ke Safari Park untuk Night Jungle. Alamak, terlupa ambil tepon yang dicharge. Jadi tak dapat nak ambil gambar. Night Jungle ni kami masuk ber4. Seronok la anak2 bila mama dan papa mereka ada bersama. Kalau salah seorang tak ada tak meriah.



Sementara menunggu pertunjukan Night Jungle, kami singgah di Gift Shop @ Safari Park untuk beli Fridge Magnet.

Tuesday 17 June 2014

Cuti sekolah yang lepas, kami balik kampung




Cuti  sekolah yang lalu, kami balik kampung selama 5D4N. Balik kampung kali ini memang penat kerana terpaksa berulang alik ke hospital dek kerana Abah/bapa mertua dimasukkan ke hospital KB. Abah diwadkan di Wad Bendahara yang terletak di tingkat 4.


Tiap-tiap hari kami akan ke hospital melawat Abah. En.H tidak melepaskan peluang untuk bermalam di hospital menjaga Abahnya. Bukan kami saya yang pulang, adik beradik saya dan adik beradik En.H ramai juga pulang semepena cuti sekolah. Seronoklah Along & Mukhriz.


Cuaca di Kelantan terasa bahangnya, suhunya mencecah 42 darjah. Sempat ke Renaissance Kota Bharu merehatkan badan.



Mukhriz yang seronok main kolam. Suruh naik pun kata "jap, jap". Bukan selalu balik kampung duk hotel.




Kami ke Pantai Cinta Berahi(PCB) setelah anak2 kelaparan main kolam. Kami order 3 maggi ketam nipah. Order jangan tak order, masa order tak tengok harganya. Masa bayar mak aiiiii, mahalnya. Semangkuk maggi ketam ini ialah RM40. Tang manggi ketam je dah RM120(RM40X3). Belum bil-bil lain. Memang tahu ketam ni memang mahal tak sangka rega RM40 semangkuk, ingatkan dalam RM25-30 sahaja.



Inilah rupa maggi ketam nipah itu.  Terdapat udang, sotong dan telur dimasukkan dalam maggi ketam ini.




Kami diberikan tukul ini. Terkejut jugak kami untuk apa. Maklumlah first time makan ketam ini.



Kulitnya keras rupanya. Time makan tu kelentang kelentung 2 beradik ni mengerjakan ketam2 itu.

 

Selain maggi kami order ikan celup tepung dan colek bebola. Sedapnya. Minuman yang diorder ialah fresh orange dan air kelapa. Kekenyangan kami. Bila bayar, cecah RM200. 


Inilah keadaaan bila balik kampung, anak2 main dan main dengan sepupu saya. Rumah saya dekat dengan rumah nenek. Bila cuti sekolah ramai cucu nenek saya balik kampung. Jadi anak2 saya seronoklah ada geng ramai. Boleh main bola, badminton, mancing dll. Sebab tu, asal cuti sekolah hujung tahun anak saya request nak duk kampung.




Saya 8 beradik, kebetulan balik kali ini. Adik2 saya pun balik kampung. Seronok makan ramai-ramai. Bukak tikar, hidang makanan dan makan ramai2. Meriah suasana dibuatnya. Pepagi macam2 request, nak makan nasi kerabu lah, nasi berlauk lah, nasi daganglah. Dan semestinya beli kuih akok.



Bila balik kampung request sup tulang rusuk. Memang sedaplah masakan mak. Bila time basuh pinggang masing2 ngelat. Last2 adik bongsu yang kena basuh. Muncung je sebab asal balik ramai2 dia yang banyak kena. Masing2 kata susah anak kecil. Yang saya anak besar pun ngelat juga, dengan alasan "bukan sokmo pun balik, time nilah nak rehat2".



Bila time cuti sekolah, mesti ada kenduri kahwin. Malasnya nak gi kenduri dah la cuaca panas, jalan jem lak sebab ramai perantau2 balik ke kampung. Sedara dekat2 je kami pergi. Ini kenduri sepupu saya. Dah petang baru kami sampai disini. Anak2 awal2 dah sampai sebab ikut adik2 saya.



Sebelum balik ke KL. Beli serunding ayam, ikan dan daging untuk bekal bulan posa. Inilah serunding yang dibeli untuk kami 4 beradik untuk dibawa pulang.