-

Friday 28 February 2014

Setelah 5 tahun 5 bulan

image google

Hari ini merupakan hari terakhir saya disini. Selama 5 tahun 5 bulan saya mencari rezeki disini. Banyak kenangan & pengalaman tersemat di sanubari.

Sepanjang berada disini, saya sangat bersyukur mempunyai boss yang sangat perihatin iaitu Miss L, Prof & Cik Wan. Saya juga punya rakan-rakan seperjuangan yang sangat sporting. Happy kerja disini.

Disinilah berakhirnya kerjaya saya. Selama 16 tahun bergelar sebagai pekerja(10tahun++  di M**C dan 5tahun++ disini). 

Mulai 01/03/2014 saya akan bergelar "housewife" . Terima Kasih Ya Allah, atas segala-galanya, perancanganMu terlalu indah.

Lunch @ Meisan Szechuan Restaurant

Lunch semalam, saya dan rakan2 menjamu selera @ Meisan Szechuan Restaurant, Hotel Quality KL. Makan-makan ini sempena saya dan 4 lagi rakan yang akan mengucapkan "GOOD BYE" kepada rakan-rakan seperjuanga yang lain. 

Jamuan ini tersebut terdiri daripada 18 orang kesemuanya. Tema makan kali ini ialah Chinese Food. Yum yum, menu yang sangat best dan suasana restoran yang menarik.

 Terima kasih kepada pihak yang mengadakan jamuan makan-makan ini.


Meisan Szechuan Restaurant,Hotel Quality KL

Buffet Dim Sum

Bersama rakan2 seperjuangan

Bergambar beramai2

Sesi menjamu selera

Wednesday 26 February 2014

WordLess WednesdaY - 3 Days Lagi

Menanti 1 Mac 2014

Hari ni, esok dan lusa sahaja yang tinggal untuk menyelesaikan tugasan di ofis sebelum mengucapkan "GOOD BYE". Barang2 kat ofis dah angkut bawa pulang ke rumah. Kerja2 yang diberikan selama ini perlu difailkan untuk diserahkan kepada yang mereka2 yang sepatutnya.

Wednesday 19 February 2014

WordLess WednesdaY - 2 hari Training @ Seri Pacific Hotel

Bersama rakan2 ofis

17 Feb & 18 Feb, saya & rakan2 mengikuti training Pedagogy @ Seri Pacific Hotel. Apakah itu Pedagogy? Pedagogy sangat sinomin dengan mereka2 yang terlibat dengan pendidikan. Sangat happy bersama rakan2 seperjuangan. Training ini merupakan training terakhir buat saya sebelum saya mengucapkan "Good Bye" kepada mereka.

Batam Last Part - Turkish Kebab, Novotel Hotel & Hang Nadim Airport

Setelah penat pusing2 di Noyaga Mall. Kami ke Restoran masakan Turkish. Kami menikmati Chicken Kebab. Memang sedap rasanya dan harganya berpatutan.

Kami pulang menaiki van ini ke hotel. Cuma IDR3000(kurang dr RM1). Jika kami naik teksi IDR50,000(RM14++). Driver van ini menunggu lama kami melintas jalan. Kami takut nak lintas sebab sana kan banyak sangat bunyi hon kereta dan motor. Tapi van tersebut tunggu kami sambil gelakkan kami melihat gelagat kami nak melintas. Masa nak turun kami berikan sedikit wang untuk anak kecilnya. Driver ini mencari rezeki bersama anak & isterinya membawa penumpang.

Kami menginap di Novotel. Book menggunakan airasiago.com. Selesa & bilik yang luas.

Buffet breakfast yang pelbagai & sedap. Ngap sampai kenyang sebab lepas nii nak ke airport Hang Nadim. Sudah mau pulang ke Subang.

Kami ke airport menggunakan kereta/teksi  Novotel hotel dengan bayaran IDR110,000(RM30++). Singgah sebentar di Kampung Oleh2 untuk mencari Fridge Magnet.  Harganya agak mahal sedikit dari kami beli di Nagoya Mall.Hanya beli 2 fridge Magnet disini.

Sebelum sampai airport ada lambang ini.

Airport tax Batam ke Malaysia ialah IDR 100,000 (RM28++). Di airport terdapat kedai yang menjual Fridge Magnet dan cenderamata. Harganya agak murah. Untuk Fridge Magnet ialah IDR30,000 ( RM7++).

Saturday 15 February 2014

Batam Part 5 - Jejalan @ Nagoya Shopping Mall


Kami menggunakan shuttle bas yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke Nogaya Hill Shopping Mall. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk pengunjung hotel ini. Jam 2 petang kami bertolak ke shopping Mall. Tak jauh pun dari hotel.

Sepanjang jalan banyak papan tanda ucapan seperti ini.

Memandangkan hanya kami ber2 sahaja yang mahu menggunakan perkhidmatan. Inilah kenderaan yang kami naik.

MAcam2 makanan yang pelik kami jumpa diisi, antaranya rendang telur, kepek2 dan pelbagai kek seperi kek buah naga, kek kentang dll.
Banyak betul kedai makanan disini. Kami tak beli apa2 pun dan tak makan disini

Ini pula MAtahari Mall.  Kami sekadar jalan2 sahaja. Sekadar melihat keadaan sahaja.

Tujuan utama kami ke sini adalah untuk membeli Fridge Magnet. Tapi tak jumpa2. Akhirnya kami pun beli nail clipper ala2 keychain sebagai oleh2 untu dibawa pulang. Harga untuk 5nail clipper ialah IDR 50,000. 1 dalam RM2.80.

Friday 14 February 2014

Batam Part 4 - Nasi Padang

Kami menginap di Novotel Hotel. Hotel tersebut berdekatan dengan Restoran RM Bundo Kanduang dan kedai Circle K(ala2 7 eleven). Hanya perlu lintas jalan ke tempat ini. Kami memilih untuk lunch nasi padang di sini. Pada sebelah malam pula, kami sekali lagi ke restoran untuk tapau air avocado & air durian belanda. Memang best kedua2 air tersebut.


Menikmati nasi padang

Walaupun lauk banyak dihidangkan. Kami hanya memilih 3 sahaja. Dan kami ber2 memilih air avocado. Nyum2.

Lepas lunch kami singgah @ Circle K untuk membeli minuman dan kudapan

After maghrib kami sekali lagi ke restoran ini. Saya tapau air durian belanda & Miss Zaini tapau air avocado & kami Lepak2 di lobi hotel.

Thursday 13 February 2014

Batam Part 3 - Batam Layer Cake & Kek Pisang Villa

Batam Layer Cake & Kek Pisang Villa merupakan oleh2 yang kebiasaan akan dibeli oleh pengunjung bila ke Batam. Saya juga tidak ketinggalan untuk membeli dan merasanya.


Singgah @ Batam Layer Cake. Tengok harga. Emmmm....tak mampu nak beli sebab harganya yang emmm jugak lah bagi saya

Pelbagai perisa  Batam Layer Cake. Saya tak beli pun.

Kemudian singgah pula @ Kek Pisang Villa. Pelbagai perisa kek pisang dijual. Saya pilih cheese & blueberry

Bingka

Kerepek

Inilah hasil yang dibeli. Harga kek pisang pelbagai perisa berharga diantara RM11.00-RM13.00.

Batam Part 2 - Taman Mini Indonesia Indah (Beautiful Indonesia Miniature Park)


Taman Mini Indonesia Indah (Beautiful Indonesia Miniature Park) terletak di Bengkong. Menjadi tempat rekreasi untuk orang Batam pada hujung minggu dan para pelancong. 

Rumah-rumah tradisional yang dibuat daripada simen dengan ketinggian sekitar 1.5 meter. Setiap rumah ini diletakkan nama & wilayah asal. Terdapat 33 buah rumah mini.



Taman Mini Indonesia Indah (Beautiful Indonesia Miniature Park)

Beautiful Indonesia Miniature Park 1

Beautiful Indonesia Miniature Park 2

Beautiful Indonesia Miniature Park 3

Beautiful Indonesia Miniature Park 4

Beautiful Indonesia Miniature Park 5

Beautiful Indonesia Miniature Park 6

Beautiful Indonesia Miniature Park 7

Di sini juga terdapat gerai jualan cenderamata. Kami tak beli pun kerana kami nak cari di Nogaya Mall nanti
Kemudian, kami ke Factory Outlet. Tak beli apa pun sekadar merasa aircond kedai setelah berpanas melihat senibina rumah mini.

Di hadapan Factory Outlet ada Go-Kart.


Wednesday 12 February 2014

Batam Part 1 - Bila Sampai di Batam


Mega Mall- Batam Centre

Kami sampai di Batam jam 9.00 pagi. Plan asal nak ke Mega Mall yang bersebelahan dengan jeti Batam. TAPI Mega Mall buka jam 10.00 pagi.Maka kami pun mendapatkan teksi untuk pusing2 bandar Batam.
 
Teksi yang membawa kami pusing2 dan ke hotel.

Kami membayar IDR 200,000(± RM 56.00) untuk pusing2 bandar Batam, Masjid Raya, Kedai Kek Pisang Villa, Taman Mini Indonesia, Batam Layer Cake, Factory Outlet dan ke hotel.


Masjid Raya


Masjid Raya merupakan Masjid yang terbesar di Batam dan terletak di tengah bandar Batam dan tidak jauh dari jeti Batam.


Bandarnya  bersih dan maju jika dibanding Bandung, Jakarta ataupun Medan


Singgah sebentar melihat pemandangan. Seterusnya kami ke
Taman Mini Indonesia.

Stulang Laut Ke Pulau Batam

Weekend lepas saya ke Batam.  Untuk ke Batam, ada direct flight Subang ke Batam. Tetapi, saya memilih menaiki flight dari Subang ke Johor. Dan dari Stualang Laut, Johor menaiki feri ke Pulau Batam. Kenapa ini berlaku? Ini kerana saya mahu pengalaman menaiki feri, lama betul tak naik feri.

Pulau Batam adalah salah satu daripada Pulau2 terbesar di Kepulauan Riau. Terletak di 3 segi Indosenia- Malaysia- Singapura. Pulau Batam merupakan zon perdagangan bebas. Bandarnya bersih dan maju berbanding bandar2 indonesia yang lain yang pernah saya pergi.

Tiket dari Stulang Laut ke Pulau Batam boleh di beli secara online ataupun di kaunter tiket. Saya beli secara online di http://www.zonferry.com.my/. Pastikan tempahan tiket mesti sekurang-kurangnya 48 Jam sebelum perjalanan. Sila print tiket online tersebut untuk ditukar dengan tiket asal seperti diatas. Pastikan berada di terminal sejam awal dari perjalanan kerana perlu ke kaunter tiket, melalui imegeresen dan kastam. Untuk one way tiket dari Stualang Laut ke Pulau Batam ialah RM84.00.

Perjalanan mengambil masa 90 minit. Konon2 nak melihat pemandangan laut dari dalam feri TETAPI kami berdua tertidur dek kerana rasa aircond yang  sejuk dan damai. Maklumlah pepagi dah bangun untuk sampai awal di Zon Feri Stulang Laut. Saya bermalam di rumah adik saya pada malam 8 feb.

Tak ramai yang menaik feri ketika itu. Tempat duduk dalam feri adalah free seating. Maka kami memilih untuk duduk di tepi tingkap dengan alasan nak ambil gambar tetapi masa dah nak sampai baru tersedar dari tidur.

Tiket Feri dari Stualang Laut ke Pulau Batam.

Suasana pagi @ Stualang Laut.

Bila feri dah bergerak, anda akan diberikan borang ini. Sila isi  ya. Dalam borang ada ruangan last place, sila tuliskan ruangan itu dengan Stulang Laut. Pada ruangan flight no/vehicle no, sila tuliskan nama feri tersebut. Feri kami ketika itu Pintas Samudera 8.

Feri semakin laju bergerak. Kami ber2 pun zzzzzzzzz, tertido.

Dah nak sampai Pelabuhan di Pulau Batam

Akhirnya sampai di Pulau Batam.