-

Tuesday 31 December 2013

Sudah Sekolah Menengah

Along dah sekolah menengah. Hari ini merupakan hari orientasi untuk pelajar2 tingkatan 1. Seramai 462 pelajar tingkatan 1 dan 63 pelajar kelas peralihan di sekolah ini.

10 kelas disediakan untuk tingkatan 1, setiap kelas terdapat 45-47 orang pelajar. Manakala untuk kelas peralihan cuma 1 kelas dan menampung 63 pelajar.

Tertanya2 dimanakah kelas Along. Alhamdulilah, Along ditempatkan dikelas ke 3 dari 10 kelas. Kelas pertama dan ke2 terdiri daripada pelajar2 yang mendapat 5A dan 4A.

Keputusan yang lalu biar berlalu. Usaha dah dilakukan mungkin belum rezekimu untuk memperolehinya. Usah termenung dan tertanya2 mengapa dan kenapa nak. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Mulakan dengan perjalanan yang baru. Perjuangan & usaha perlu diteruskan. Mama dan papa sentiasa akan membantumu. Mama & papa tahu kesungguhanmu dalam pelajaran. Teruskan usaha dan tawakallah.


Dokumen yang perlu dibawa semasa orientasi

Pelajar2 tingkatan 1

Ibubapa mendengar taklimat. Ramai yang berada diluar dewan memandangkan masing2 membawa anak kecil.
Selepas habis taklimat. Ibubapa perlu ke kelas anak2 untuk membuat pembayaran. Dan seterusnya perlu mengambil buku teks.
 
19 buah buku untuk tingkatan 1

Monday 30 December 2013

Sempena Wedding Anniversary ke 13

28 dec 2013, sabtu merupakan 13 tahun ulangtahun perkahwinan saya. En.H telah menempah marble cheesecake dari Parkroyal hotel. Lepas asar, kami ke sana untuk mengambil kek yang ditempah. Plan kami selepas ambil kek, kami nak gi makan2 di Pavillion.

Tetapi rancangan kami untuk makan di Pavillion bertukar menjadi Dinner @ Parkroyal. Ini kerana pada hari tersebut dinner berkonsepkan Seafood.Kami adalah pengemar seafood. Bila tengok ketam, udang,lala dan lain2 tergoda dibuatnya. Maka pada malam itu kami dinner di Parkroyal hotel. 

Rezeki kami malam itu, semasa En.H mahu bayar bil, datang kawan En.H dan sponsor kami untuk dinner pada malam itu. Terkejut juga kami ketika itu. Itulah dinamakan rezeki.


Marble Cheesecake yang di tempah
Dinner pada malam tersebut berkonsepkan Seafood

Nasi + Lala + gulai udang + gulai ketam + sotong

Udang + ketam + Etok

Ketam bersos + sotong tepung. Yummy


Pilih2 buah untuk dijadikan jus buah.

Masukkan buah dalam bakul mengikut citarasa dan serahkan kepada staf yang bertugas. Berkali2 juga try jus buah2 yang pelbagai perisa.

Terdapat juga fresh oren, soya dan guava.


Pelbagai menu disediakan. Tak ambil gambar banyak pun kerana kedua2 tangan sibuk duk makan ketam. Nak snap gambar pun tak jadi.

Bila dah last2 tu, bolehlah makan ice-cream.

Kami sekeluarga sempena 13th wedding anniversary

Saturday 28 December 2013

13th Wedding AnniversarY


13th  Wedding AnniversarY

7 tahun menyulam cinta.
28 Dec 2000 kami bergelar suami isteri.
Kini, genap 13 tahun usia perkahwinan kami.
20 tahun telah berlalu, begitu pantasnya waktu.

Kehidupan ini banyak liku-likunya.
Suka dan duka ditempuhi bersama.
Kesabaran mengajar erti kehidupan.
Syukur dan Redha dengan ketentuanMu.

Terima kasih, Ya Allah atas ikatan perkahwinan yang terjalin ini.

Tuesday 24 December 2013

Kembali Ber4

Kota Bharu ke LCCT

Kembali ber4 setelah sekian lama anak2 berada di kampung halaman sempena cuti sekolah hujung tahun.

Kini, kembali sibuk dengan urusan. Menyediakan breakfast sebelum ke ofis dan memasak untuk makan malam. Masa kami ber2 hanya beberapa kali sahaja masak, banyak tapau je makanan.

En.H pula terpaksa membawa anak2 ke ofis memandangkan anak2 memang tak nak ke taska bila cuti sekolah. Macam2 kena sediakan untuk anak2 sebelum ke ofis. Pastikan makanan untuk anak2 cukup sepanjang berada di ofis dan kadang-kala terpaksa bawa bantal dan toto untuk anak2 golek2 sepanjang diofis. Walaupun terdapat sofa kadang-kadang 2 beradik ni tak boleh duk dekat, ada sahaja cari pasal.

Hidup kembali meriah. Terima kasih, Ya Allah kerna berikan kami peluang untuk ku menikmati kehidupan berkeluarga.

Sunday 22 December 2013

Putu Halba



Bila musim tengkujuh, terdapat banyak gerai jualan putu halba di sepanjang jalan. Putu halba ini diperbuat daripada ubi kayu, didalamnya berintikan nisan(gula melaka) dan dimakan dengan kelapa parut. Rasanya memang sedap bila dimakan panas2 dan di waktu hujan.

Friday 20 December 2013

Menu Breakfast Ala Kampung


Beginilah menu breakfast ala kampung. Bila balik kampung macam2 nak makan. Mula la request suruh ayah beli itu dan ini.Antara menu-menu yang sering direquest ialah nasi dagang, nasi kerabu dll. Pelik pula ayah tengok saya sibuk duk snap gambar ni.


Nasi dagang + Gulai kuning ikan tongkol

Nasi berlauk + kari ayam

Nasi kerabu putih + ayam bakar

Nasi impit + satay + kuah kacang

Nasi berlauk + Kerutuk Daging

Thursday 19 December 2013

3 hari @ Kampung Halaman

Malam ini jam 10.00 malam akan pulang ke kampung halaman untuk berjumpa keluarga dan anak-anak. Tiba masanya untuk membawa pulang Along & Mukhriz ke KL. Pasti seronok berada di kampung selama 3 hari. Ahad malam dengan penerbangan terakhir kami akan kembali ke KL.

Wednesday 18 December 2013

Wordless WednesDaY - Ice Blended Mango & Strawbery

Ice Blended Mango & Strawbery 

Lepas lunch @ Kenny Rogers. Singgah sebentar di  Gloria Jeans Coffee untuk Take Away Ice Blended Mango & Strawbery. Rasa buah yang sangat fresh.

Monday 16 December 2013

Beli & Menang - Maggi

Weekend pagi, ke giant untuk beli barang2 dapur. Kebetulan ada promosi dari produk Nestle iaitu Maggi.


Promosi hari tersebut ialah Beli & Menang dengan setiap pembelian RM8. Setelah pembuat pembayaran. Tunjukan resit kepada promoter Maggi dan sila ambil ping-pong oren tersebut.

Hasilnya dapat kuali untuk memasak telur.

Saturday 14 December 2013

Lunch @ Kenny Rogers Roaster

Malas betul nak masak bila anak2 tak de ni. Mulalah mencari idea dan alasan untuk tidak memasak. Bukan selalu pun, kadang kadang je. 

Maka hari ini, saya request nak ke Midvalley dan makan Kenny Rogers. Apa lagi jom pilih menu.  Kami order 2 set Kenny Quater Meal. Sempat gak snap gambar sebelum makan. Tapi En.H dah ngap awal2.

Kenny Quater Meal
Mambo Minty Chocolate
Take Away 1/2 dozens of Muffin. Lepas ni nak ke ofis En.H

Christmas decoration @ Midvalley mall.

Hidangan Meatball @ Ikea


Meatball

Agak lama juga tak ke Ikea. Maka malam semalam, lepas Maghrib keluar dari rumah untuk makan Meatball @ Ikea. Kalau pergi waktu weekend memang susah nak makan di sini kerana terpaksa beratur panjang. Selalunya memang tak kan sanggup nak beratur dan susah pula nak dapat tempat makanan.

Memandangkan hari ni, weekday. Maka dapatlah kami makan meatball. Bila tengok menu itu, wow......menu meatball dah bertambah besar. Saya order 20biji meatball berharga RM17. Bukannya saya makan semuanya. Kami share ber2 lah. 

Sup Of The Day & Bun

Order juga sup of the day, 1 bun dan 1 soft drink. Lepas tuu, sempat juga beli barang di Ikea. 

Wednesday 11 December 2013

Jemputan Birthday @ Sky Adventure, Taman Botani Negara, Shah Alam


Cerita ini dah lama tapi hari ini baru sempat nak edit gambar dan bercerita. Jemputan birthday ini sempena 10th Birthday Taufik. Birthday kali ini bertemakan Halloween. 

Klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sky Adventure, Taman Pertanian Botani Negara, Shah Alam.


Jemputan Birthday @ Sky Adventure, Taman PertanianBotani Negara, Shah Alam

Kepada sesapa yang nak join aktiviti disini perlu mengisi borang ini.

Borang ini juga perlu disini oleh ibubapa.

Selepas mengisi borang yang disediakan, sila beratur mengambil peralatan utk aktiviti Sky Adventure. Cuba lah berkali2. Aktiviti lasak yang memang kanak2 suka lakukan. Terdapat 3 tempat untuk aktiviti ini iaitu Little Adventure ,  Big Thrill (BT) dan Extreme Challenge (XT). En.H mengetuai kanak2 ini kerana dewasa yang lain ke tempat dewasa sebab Mukhriz agak gayat pada tempat tinggi. 

Aksi 1


Aksi 2

Aksi 3

Along tak gayat memang susah nak ambil gambar dia. Flying fox sana, meniti sana sini. Last2 senang duduk2 nampak Along kat sini, terus snap. Kawasan luas agak sukar nak snap gambar anak2.

Sebahagian daripada decoration yang bertemakan halloween yang sempat di snap. Decoration ini disediakan oleh pihak pengurusan. http://www.skytrex-adventure.com/skydeck.php

Setelah penat dengan aktiviti lasak. Jom kita potong kek walaupun dah berkali2 para tetamu berhenti makan sepanjang aktiviti ini dijalankan. Saya hanya menunggu 3 hero saya di skydeck, biarlah anak2 bersama En.H explore.

Happy 10th Birthday Taufiq

Goodies Bag yang disediakan.

Thursday 5 December 2013

Makan-makan



Balik kampung yang lalu, kami ke New Horizon Garden Restaurant untuk makan2 sempena birthday suami saya. Kami memilih restoran ini kerana restoran ini terletak di pertengahan di antara kampung saya dan kampung mertua. Restoran ini memang popular jika ada majlis2 dan makan2 bila reunion.



Inilah menu yang disediakan. Masing2 tak sabar nak makan maklumlah sekarang musim hujan di kelantan . Masing2 cepat lapar. Apa pun saya, sempat juga ambil gambar makanan. Fresh orange disediakan untuk minuman kali ini. Masakannya sedap dan harga yang dikenakan berbaloi.

Wednesday 4 December 2013

Wordless WednesdaY - Nuffnang ke 6


 
Alhamdulillah, cek nuffanang yang di  cash out nuffnang pada 14 oktober yang lalu telah diterima semalam. Terima kasih kepada nuffnang & pembaca blog ini.