-

Wednesday 28 August 2013

Siri animasi TV : Max Steel

Ahad lepas, balik dari open house Raya di Bangsar, singgah sebentar di Midvalley.  Kebetulan kami melalui Hall 3, MVEC Exhibition Centre @ Level 3. Tetiba2 Mukhriz bersuara "mama, mama tuu maskot Max Steel". Terpinga2 saya, maskot apa yang Mukhriz sebut-sebutkan. Saya memenuhi permintaan Mukhriz untuk bergambar dengan Maskot Max Steel itu.


Max Steel merupakan siri animasi TV. Anda boleh menonton siri Max Steel ini di Channel Cartoon Network(616 -Astro), setiap Sabtu jam 8.30 malam.


CD Max Steel juga diedarkan kepada peminat2 Max Steel. Selain itu terdapat pameran produk Max Steel yang terdiri dari pelbagai Mechandise Max Stell.

Klik www.maxsteel.com untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.




Monday 26 August 2013

Sambutan Aidilfitri @ Sekolah Kebangsaan


 

Sabtu lepas merupakan Sekolah Ganti bagi Sekolah Kebangsaan. Pada hari tersebut di adakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Sambutan Hari Raya Aildiltri. Setiap pelajar perlu membawa kuih Raya & memakai pakaian Tradisional. Semua pelajar perlu hadir pada sesi pagi sahaja.



Pada mulanya saya sediakan biskut raya untuk anak2 bawa ke sekolah.TETAPI Along request bawa kuih. Sebab katanya "bayangkan mama, tahun 6 ada 320 murid, kalau semua bawa biskut raya. Ada 300++ biskut raya. Belum campur dengan pelajar2 tahun 1-5"

Maka saya pun order karipap frozen 100 biji untuk dibawa oleh 2 beradik ini. Pepagi hari mula mengoreng karipap sardin tersebut untuk dibawa ke sekolah. Saya isikan setiap kotak putih tersebut 50 biji karipap sardin.

Bagi Along, sekolah pada hari Sabtu tidak menjadi masalah. Ini kerana setiap sabtu, pelajar2 tahun 6 ada kelas tambahan. 

Bagi Mukhriz pula, bila Sabtu sekolah, macam2 alasan diberikan untuk tidak ke sekolah. Kenapa? Ini kerana Mukhriz takut mama & papanya pergi shopping masa anak2 ke sekolah. Emmm...sabar je la. Sebelum Mukhriz masuk ke sekolah siap pesan lagi "mama, jangan gi shopping tau, duk rumah je tau". Saya menjawab "mama tak gi mana2, sebab hari ini ada 4 open house yang perlu mama & papa bawa anak2".  Sempat saya snap gambar 2 beradik ini sebelum masuk ke kawasan sekolah.





Jam 12.15 ke sekolah kebangsaan untuk mengambil anak2. Kelihatan pelajar2 dah keluar pada masa itu. Sepatutnya jam 12.30 tghari. Kelihatan pelajar2  memakai baju raya yang warna warni. Masing2 dengan wajah ceria dan kekenyangan.

Selain kuih raya yang dibawa oleh pelajar2. Pihak guru2 juga menyediakan nasi, ayam masak merah,bihun dan air. Makanan terlalu banyak dibawa oleh pelajar2, guru2 membahagikan makanan2 yang banyak itu kepada pelajar2 untuk di bawa pulang. Along membawa pulang satu balang biskut tart nenas manakala Mukhriz membawa 1 paket kacang. 

Friday 23 August 2013

Redeem Bonuslink - Dapat Thermo Pot

Redeem Bonuslink - Dapat Thermo Pot

Sebelum Raya tengok catalog redemption bonuslink. Tengok punya tengok tergoda pula dengan barangan yang ditawarkan dari Katalog "Kitchen Essentials". Apa lagi terus hantar email redeem Morgan 5L Thermo Pot dengan 12,100 point. Maka dapatlah Thermo Pot free last week hasil redeem point dari bonuslink itu. Lama juga la nak mengumpul point2 ini untuk ditukarkan dengan hadiah. Saya mengumpul point bonuslink ini dengan mengisi minyak di Shell. 

Redeem pada 02 Ogos. Ingatkan penghantaran barangan tersebut lambat, TAPI cepat pula penghantarannya. Perkhidmatan City Link di gunakan untuk menghantar barangan ini. 

Penghantaran pertama adalah pada 7 Ogos(Rabu). Kami sudah berada di kampung menyambut Aidilfitri. Penghantaran ke 2 dibuat sekali lagi iaitu pada 13 Ogos(Selasa), masa ini kami dalam perjalanan dari kampung ke KL. Dan sebelum penghantaran ke 3, saya mendapat call dari pihak City Link untuk menghantar barangan ini sekali lagi pada 17 Ogos (Sabtu) sebelum jam 1 tengahari. Alhamdulilah, kami ada di rumah ketika itu. Dan penghantaran barang ini dapat diserahkan juga kepada saya.

Thursday 22 August 2013

Bercuti @ Tok Aman Bali Beach Resort

Memandangkan cuti Aildilfitri yang lalu kami berada lama di Kelantan. Kami sempat bercuti  ke Tok Aman Bali Resort pada hari raya Aidilfitri ke 3 dan 4 yang lalu.

Resort ini terletak berdekatan dengan pantai Tok Bali. Beberapa gambar diselitkan di n3 kali ini.

Klik http://www.tokamanbali.com.my/ untuk mengetahui info dengan lebih lanjut.



Check in @ Tok Aman Bali Beach Resort
SPA juga di sediakan disini. Mari merehatkan diri.

Dapat bilik mengadap Kolam
Balcony mengadap Lake View. Tenang  & Damai.
Berdekatan dengan Pantai Tok Bali.
Menemai anak2 @ Swimming Pool.

Wednesday 14 August 2013

9 Jam Perjalanan Kelate - KL

Alhamdulilah, perjalanan dari Kelantan ke KL mengambil masa 9 jam dengan 4 kali berhenti. Perjalanan ini bermula dari Nilam Puri-Kuala Krai- Gua Musang- Lojing - Tanah Rata - Simpang Pulai- Exit Shah Alam- Lebuharaya Guthrie - KESAS Highaway & berakhir di Bandar Kinrara.

Perjalanan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang(13/08/2013-Selasa). Hanya mengalami sedikit kesesakan sebelum sampai di Kuala Krai.Setelah masuk exit Kuala Krai sampai ke Kuala Lumpur , perjalaanan lancar walaupun banyak kereta.

9 jam perjalanan
Sampai di Tanah Rata. Anak2 mula hint2 papa mereka untuk berhenti membeli strawbery

Singgah sebentar @ kedai Meiko. Beli apa2 yang patut.

Singgah pula  @ Green View Garden. Tapau makanan pula.

Hajat dihati nak singgah RnR Tapah untuk makan & beli buah jambu. Cnacel untuk singgah memandangkan terlalu ramai pengunjung. Teruskan perjalanan.

Singgah @ RnR Elmina untuk makan2 & tapau makanan. Masing2 dah kepenatan. Tak sabar2 nak sampai rumah dan rehat.

Tuesday 6 August 2013

BaliK Kampung Sempena Aidilfitri


Hari ini saya akan pulang ke kampung sempena menyambut Aidilfitri. Hari ini cuma kerja half day sahaja. Dari ofis saya akan menaiki Putra LRT sampai ke Stesen Putra, Gombak. En.H dan anak2 akan menunggu saya di sana. 

Seterusnya kami akan bertolak ke kampung halaman melalui Karak & Gua Musang dan akan berakhir di rumah keluarga En.H. Kebiasaan, perjalanan mengambil masa 7-8 jam. Harap2 hari ini tidak mengalami kesukaran sepanjang perjalaanan. 

Bila raya tiba, perasaan gembira pasti terasa bila dapat pulang ke kampung berjumpa ibubapa, sanak sedara. Ketika inilah dapat bertemu sedara mara dan saling ziarah menziarahi. 

Tahun ini merupakan kali ke 2 saya beraya tanpa anak yang bernama Arwah Feqah Insyirah. Pastinya perasa syahdu dan rindu menyelubungi kami.

Duhai anak yang bernama Feqah Insyirah "Tunggu mama,papa dan abang2 ya. Kami akan menziarahi pusaramu setiap hari sepanjang kami berada di kampung halaman." Ya Allah, berikan ketabahan dan kekuatan kepada kami sekeluarga untuk  mengharungi ujian ini. Hindarilah titisan air mata dari mengalir kerana sesungguhnya Arwah Feqah Insyirah telah berbahagia dan selesa di alam sana. 

Di saat orang lain bergembira di hari raya, kami berdiam diri merenungi IndahNYA pemberianMU. Terasa longlai kaki melangkah ke pusaramu duhai anakku. Satu perasaan yang sukar diucapkan dengan kata2. Disebalik kesukaran pasti ada kemudahan. Terima Kasih Ya Allah atas segala-galanya.

Sampul Raya

Koleki sampul raya 2013 yang dapat saya kumpul untuk mengisi duit2 raya pada tahun ini. Sampul raya ini diperolehi hasil shopping, service kereta,  dan dari pihak2 bank yang En.H berurusan. Seperti kebiasaan tidak semua sampul raya ini digunakan. Sebahagiannya diberikan kepada adik-beradik saya dan juga kawan ofis.


10 paket Sampul Raya dari  Giant. Setiap paket ada 5 keping. Dikumpul hasil pembelian di Giant. Setiap pembelian RM60 dapat 1 paket Sampul Raya.

6 paket Sampul Raya dari  RHB bank. Setiap paket ada 8 keping. Diperolehi setelah membuat bayaran kereta.

8 paket Sampul Raya dari  Public Bank. Setiap paket ada 10 keping. Diperolehi dari pihak bank yang En.H berurusan. Seperti tahun2 sebelumnya sampul raya dari Public Bank ada 2 jenis. Ini yang kecil. Duit perlu dilipat untuk dimasukkan dalam sampul.

3 paket Sampul Raya dari  Public Bank yang bersaiz standard. Setiap paket ada 10 keping.

5 paket Sampul Raya dari  Metrojaya. Setiap paket ada 5 keping. Kami memang suka shopping @ Metrojaya sebab tak ramai orang  shopping di sana dan tak perlu beratur lama untuk membayar. Metrojaya Midvalley menjadi pilihan kami.

2 paket Sampul Raya dari Shah Alam Specialist Hospital (SALAM). Setiap paket ada 10 keping. Mukhriz mendapat rawatan di sini disebabkan demam.

2 paket Sampul Raya dari Kitkat. Setiap paket ada 5 keping.Diperolehi setelah membeli 4 paket Kitkat(12 bar). Along & Mukhriz memang gemarkan Kitkat.

2 paket Sampul Raya dari Ariani. Setiap paket ada 5 keping.Diperolehi setelah membeli tudung untuk mak & mak mertuaku.

8 paket Sampul Raya dari  Al-Rajhi Bank. Setiap paket ada 10 keping. Diperolehi dari pihak bank yang En.H berurusan.

7 paket Sampul Raya dari  Bank Isalam. Setiap paket ada 10 keping. Diperolehi dari pihak bank yang En.H berurusan.

5 paket Sampul Raya dari Toyota. Setiap paket ada 10 keping. Diperolehi Setelah service kereta di sana.

5 paket Sampul Raya dari Habib Jewels. Setiap paket ada 5 keping dan berlainan warna. Beli barang di sini beberapa hari sebelum puasa. Stok sampul raya belum sampai lagi masa itu. Bila dah 2 weeks puasa baru pergi ambil sampul raya ini.

1 paket Sampul Raya dari Big Apple Donuts. Setiap paket ada 5 keping.1 paket sampul raya diberikan untuk pembelian RM15 keatas. Dapat 1 kupon rebate RM1off untuk next purchase.

Monday 5 August 2013

Genap 8 tahun

image google

Hari ini genap 8 tahun umur Mukhriz
Happy Birthday buat anak mama
Papa & Mama  sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu
Ya Allah, permudahkan segala urusan anak yang bernama Mukhriz di dunia & di akhirat.
Jadikanlah anak ini anak yang soleh, anak yang sentiasa menghormati ibubapa & orang tua serta anak yang berjaya di dunia & di akhirat.



Dari tahun lepas lagi Mukhriz request hadiah ini, tapi tidak tertunai. Akhirnya pada birthday yang ke 8 ini permintaan tersebut akhirnya tertunai. Hadiah ini dibeli semalam setelah Mukhriz memilih sendiri. Pandai2 lah jaga hadiah ini.

Friday 2 August 2013

Majlis Berbuka Puasa @ Masjid Wilayah


31 Julai (Rabu) saya menyertai Majlis Berbuka Puasa @ Masjid Wilayah.Majlis berbuka puasa ini dianjurkan pihak ofis yang disertai oleh bahagian Pengurusan, staf2 & pelajar2. Aturcara Majlis dimulai dengan tazkirah sementara menunggu maghrib. Berbuka dengan menu ringan sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Selesai solat Maghrib berjemaah jom menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Kemudiannya, solat Isyak berjemaah disertai dengan Solat Terawih. Sebelum pulang kami, kami lepak2 sekejap menikmati Moreh.

Jam 10.00++ masing2 pulang.

Sampai jam 5.45 @ Masjid Wilayah

Saya dan 3 rakan lain sampai agak awal.

Tazkirah dulu sebelum berbuka. Selesai berbuka. Solat Maghrib Berjemaah.

Saya & 3 dara pingitan. Lepak2 dulu selepas Solat Terawih sebelum pulang ke rumah.


Murtabak dihidangkan selepas Terawih