-

Saturday 27 July 2013

27 July Tetap Dalam Kenangan

Al Fatihah buat Arwah Feqah Insyirah


27 July tetap menjadi hari yang bersejarah buat kami. 6 tahun yang lalu, lahirlah seorang insan kecil yang bernama Feqah Insyirah. Terlalu indah hadirmu duhai anakku. Hari ini, GENAP 6 TAHUN usiamu. Walaupun insan kecil ini sudah tiada didunia, namun insan kecil ini tetap wujud dalam hati kami. Kami terlalu rindu padanya.

Hadirmu terlalu indah. Dan hadirmu berikan kebahagiaan. Kini tiada lagi pelukan mesra darimu dan untukmu. Tiada lagi rengitan manjamu minta didukung. Tiada lagi kekecohan mu bersama abang-abang mu. Yang ada, cuma kenangan yang tak bisa dilupakan buat selama-lamanya. 

Terima kasih YA ALLAH kerana berikan peluang untuk memiliki insan kecil ini walaupun hanya seketika(4 tahun 10 bulan). Redha dengan ketentuanMU. Begitu senang insan kecil ini menghembuskan nafas terakhirnya. Sungguh Agung ketentuanMU.

Duhai insan yang bernama arwah Feqah Insyirah, jadilah puteri disana dan tentunya di alam sana terlalu indah buatmu. Indahnya perancanganMU Ya Allah, di kala hambaMu mencari2 dalam kegelapan. KAU berikan cahaya untuk membimbing dan memberi kekuatan kepada hambaMU bertemankan kesabaran dan perasaan Redha. Terima Kasih, Ya Allah atas pemberianMU. 

Hari ni, dikala jam 2.30 petang kami berada di ruang parking berhadapan hospital dtempat kelahirannmu 6 tahun lepas. Kami mengimbas kenangan lalu disaat pertama hingga akhir hayatmu. Indahnya hadirmu duhai anakku arwah Feqah Insyirah. 

Terima kasih buat Along & Mukhriz yang amat memahami perasaan mama & papa. Mama & papa tahu kamu juga kuat mengarungi ujian ini dan melawan perasaan disaat rindukan adikmu. Ya Allah, berikan kekuatan dan kesabaran buat kami sekeluarga.

Friday 26 July 2013

Iftar Ramadhan @ ParkRoyal Hotel

Berbuka puasa @ Park Royal Hotel KL
25 July (Khamis) saya dan anak2 join majlis berbuka puasa company En.H& partnernya. Hari khamis dipilih kerana jumaat bagi pekerja2 Selangor adalah public holiday(nuzul Al_quran) bersambung pula dengan sabtu, ahad. Sangatlah sesuai berbuka beramai2 semalam.




Buffet ramadhan @ Park Royal Hotel untuk dewasa ialah RM98++ dan RM49++ untuk kanak-kanak. Buffet ini ditutup jam 10.30malam.

 

Jam 6.30 petang kami bertolak dari rumah. Dan alhamdulilah sampai jam 7.05 malam. Masih ada masa untuk lepak2. Tengok tu, Along siap main games lagi sementara tunggu berbuka. Masa kami sampai para tetamu dah start mengambil menu masing2.


Kami berbuka ala kadar dulu. Kami menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum surau ramai dengan tetamu. Selepas solat kami sambung semula makan2 tersebut. Masa itu, kelihatan tetamu sudah kekenyangan.



Giliran kami pula menjamu selera. Untuk mengelakkan kekenyangan, kami sempat lagi lepak di level 2 bersama rakan karib En.H yang bekerja di sana. Jam 9.00 malam baru kami turun semula ke tempat makan semula.

 

Jam 9.15, masing2 dah nak pulang. Tapi kami lepak disini sampai jam 10.15 malam. Hanya 5 meja sahaja yang ada tetamu yang borak borak. Nak makan dah kenyang sangat. Masa inilah saya snap beberapa gambar.


Ulam-ulam
Menu ini ilah Briyani Tanam Ayam.

Sebelum pulang jom main pelita ini. Panas tak kalau pegang api pelita ni. Cuba2. Inilah ragam anak2 ku.

Lepak pula @ Lobi hotel. 5 Hero yang sedang membesar.

Kami parking @ Valet Parking. Cuma RM15 perentry selepas jam 7.00 malam. Jika parking sebelum jam 7.00 malam ialah RM14 -Ist hour & RM4 every additional hours. Jika anda parking di parking hotel, anda perlu membayar RM4 perhour. Jika yang makan disini boleh dapatkan parking hanya RM5 flat rate.

Thursday 25 July 2013

Nak masuk Sekolah Menengah Dah


Cepatnya masa berlalu, tengok2 Along dah nak masuk sekolah menengah tahun depan.  Pilihan sekolah perlu dibuat berdasarkan kategori2 yang tertera didalam borang. Cepatnya kena isi borang Kemasukan Sekolah Menengah ini. Sekarang baru bulan 7.

Nampak gayanya tak lama lagi Along dah tak perlu ke taska/nursery lagi untuk transit. Dah Sekolah Menengah nanti tidaklah sesuai untuk ke taska/nursery. Along kena berdikari untuk urusankan diri ke Sekolah Menengah nanti. Pastinya,Tingkatan 1 akan belajar di sesi petang. Alahai cepatnya masa berlalu. Anak2 makin membesar, umur semakin meningkat.





Area rumah saya, banyak pilihan Sekolah Menengah. Jadi kenalah buat pilihan yang tepat. Pastinya, pilihan untuk kami ialah Sekolah yang paling dekat dengan rumah. Hanya 0.7km dari rumah, hanya perlu berjalan kaki sahaja. Dah besar dah anak mama ni.

Tuesday 23 July 2013

Bila dapat jemputan menonton Bola


Setiap kali mendapat jemputan menonton bola, anak-anak saya akan tertanya-tanya siapakah yang akan dibawa oleh papa mereka menonton perlawanan bola. Dan kali ini, Mukhriz berpeluang mengikuti papanya menonton Perlawanan Bola (Malaysia XI vs Chelsea FC).

Sejak arwah Feqah Insyirah sudah tiada saya agak malas untuk ke stadium menonton bola. Kebiasaannya saya juga akan turut ke stadium untuk menonton bola kerana ketiga2 anak saya mahu ikut serta bila papanya menonton bola. Bila arwah Feqah Insyirah sudah tiada, hanya salah seorang dari Mukhriz atau Along yang akan ikut papanya kerana seorang lagi akan menemani saya di rumah.

Perlawanan Chelsea FC Asia Tour 2013 berlangsung jam 9.45 malam di Stadium Shah Alam. Pasukan pilihan Malaysia XI (Harimau Malaya) ditewaskan oleh pasukan Chelsea FC 4-1.

Kad Jemputan Menonton Bola Malaysia XI  vs Chelsea FC

Tiket menonton Bola Malaysia XI  vs Chelsea FC
Malaysia XI (Harimau Malaya) ditewaskan oleh pasukan Chelsea 4-1


Seronok Mukhriz boleh ikut papa kali ini. Asyik2 dia je tahun ini boleh follow papanya. Along banyak mengalah disebabkan keletihan tuition dan banyak homework.
 
Dapat tangan biru ini yang berlogokan Chelsea. Sponsor by Samsung.

Dapat juga ini dari Sponsor by Audi.

21 July 2011 yang lalu kami sekeluarga(ber5 bersama arwah Feqah Insyirah) menonton perlawanan Chelsea vs Malaysia XI Asia Tour 2011. Malaysia tewas tipis 1 - 0. Ketika ini Mukhriz berumur 6 tahun.



Monday 22 July 2013

Berbuka puasa di Sekolah

Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin, Solat Hajat & Solat Tarawih telah diadakan di Sek Keb pada 20 Julai (Sabtu). Semua pelajar dijemput hadir dan sumbangan dari ibubapa diperlukan untuk menjayakan majlis ini.

Pagar Padang Sekolah dibuka untuk parking para tetamu agar kesesakan lalulintas tidak berlaku di sekitar kawasan sekolah.

Hanya pelajar2 tahun 6 sahaja diminta untuk membuat pendaftaran kerana solat hajat ini khas buat pelajar yang akan menduduki UPSR pada September nanti.

Aturcara majlis bermula jam 6.00 petang dengan pendaftaran dan berakhir jam 10.30malam selepas solat Tarawih

Bacaan Yassin dimulakan jam 6.30 petang. Diikuti dengan tazkirah ringkas sementara menunggu azan Mahgrib. Air mineral, kuih dan kurma diberikan untuk berbuka. Kemudian solat Maghrib berjemaah dilakukan. Setelah itu para tetamu di jemput makan. Menu utama ialah nasi minyak. Banyak makanan disediakan. Para ibubapa dihidangkan dengan cara buffet. 
Makanan untuk pelajar2 telah disediakan awal2 dikantin untuk mengelakkan pelajar2 beratur lama. Pelajar2 berbuka puasa dikantin manakala para ibubapa berbuka di tempat yang disediakan.
Along & Rakan2 sedang menjamu selera. Inilah antara bakal2 UPSR tahun ini.Along berbaju melayu hijau tua diapit 2 rakan karibnya.

Terdapat juga kambing golek. Buah-buahan juga dihidangkan sebagai pencuci mulut. Mukhriz sempat juga makan kambing. Hanya dia je dalam keluarga kami yang makan kambing.

Festive Sale @ Metrojaya

Pembelian RM350 akan dapat RM50 voucher @ Metrojaya pada 20-21 july 2013

Sabtu lepas, jam 10.00 pagi sudah berada di Midvalley untuk membeli baju raya. Dan seperti biasa kami ke Metrojaya untuk membuat pilihan. Metrojaya ada buat promotion dengan setiap pembelian RM350 akan dapat RM50 voucher. 


Mukhriz sedang menunggu papanya @ Fitting Room

Sebentar sahaja kami di Metrojaya. Sekadar membeli sehelai t-shirt dan kemeja untuk En.H. Manakala untuk Mukhriz sehelai seluar jeans & t-shirt. Itu pun dah melebihi RM350++. Dapat RM50 voucher dari Metrojaya. Emm...duit oh duit. Saya dan Along tak beli apa2 pun @ Metrojaya.


Singgah Sebentar @ MPH

Singgah sebentar di MPH untuk membeli majalah dan buku rujukan agama untuk saya. Sedang memilih buku, sedar2 Mukhriz tak ada disisi. Panik sekejap. Tanya En.H, mana Mukhriz? Kata En.H cuba cari kat Majalah Sukan tuu, mesti dia ada kat sana. Emmm, siap duduk bersila lagi. Macam mana mama nak nampak. Maklumlah bulan puasa, penat lah tuu. Kebiasaannya dia kan baca berdiri je.




Selesai di MPH singgah sebentar di butik Santa Barbara @ Level 3 untuk membeli selipar En.H. Inilah yang sempat dibeli weekend lepas dalam masa  2 jam di Midvalley.


Selesai membeli terus pulang kerana perlu menjemput Along pulang dari Sekolah Kebangsaan. 2 minggu berturut2, hari sabtu Mukhriz tak ke sekolah ganti. Sebab katanya mesti mama dan papa nak gi mana2. Lagipun katanya semua pelajar kena pergi sesi pagi, jadi pelajar tahun 1-3 kena duduk dewan join aktiviti sekolah. Along memang setiap sabtu ke Sekolah sebab ada kelas tambahan untuk UPSR.

Sampul Raya dari Metrojaya sama corak Paper Beg Raya

Tuesday 16 July 2013

Minggu Exam : Percubaan UPSR & Percubaan PSRA

16/7/2013 -18/7/2013 - Percubaan UPSR

Minggu ini merupakan minggu exam untuk Along. Hari ini Along akan menduduki percubaan UPSR pada sebelah pagi. Manakala petang pula akan menduduki percubaan PSRA. 

Jadual Percubaan UPSR

Percubaan UPSR akan berlangsung selama 3 hari dan Percubaan PSRA selama 5 hari. Along akan menduduki 2 exam pagi dan petang pada hari selasa hingga khamis. Ulangkaji pelajaran dah dibuat awal2 lagi memandangkan exam ini berjalan pada bulan puasa. 

 "YA Allah, permudahkan segala urusan peperiksaan untuk Along. Berikan yang terbaik untuk dirinya kerana hanya ENGKAUlah yang mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya."

Monday 15 July 2013

Menduduki Percubaan PSRA

Along akan menduduki Percubaaan Penilaian Sekolah Rendah Agama(PSRA) selama 5 hari bermula hari ini hingga jumaat. Selamat menghadapi peperiksaan percubaan untuk semua pelajar2 PSRA, moga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.


Image google. Sumber: IluvIslam

Sunday 14 July 2013

Jagung Rebus


Jagung rebus memang kegemaran anak2 saya. Menu ini disediakan untuk dijadikan kudap-kudapan selepas solat terawih malam ini. Yum Yum sedap dimakan masa panas2.

Thursday 11 July 2013

Mood Memasak

Menu berbuka puasa hari ke 2

Menu berbuka hari ini ialah nasi ayam, popia sayur dan sandwich sardin bersalut telur. Menu yang simple, tapi boleh bertambah2 nasi 2 beradik makan. Mood memasak masih berkubar2 maklumlah baru hari ke 2.

Wednesday 10 July 2013

Majalah RASA: 250 Selera Ramadhan

Majalah RASA: 250 Selera Ramadhan

Bagi ibu2 pastinya akan cuba memasak untuk seisi keluarga untuk berbuka puasa. Kadang-kala buntu untuk mencari idea untuk memasak. Jom miliki Majalah RASA keluaran July 2013. Terdapat  250 resepi didalamnya. Pelbagai resepi ada dalam majalah ini.

Resepi dah ada, bahan2 masakan dah dibeli. TAPI...... sempat ke tidak untuk memasak bila balik kerja nanti? Bila bulan puasa kesesakan jalan raya memang tak dapat dielakkan. Masing2 nak balik awal untuk berbuka bersama keluarga. Harap2 niat nak memasak diteruskan.

Monday 8 July 2013

Jejantas Berbumbung: Stesen LRT Sultan Ismail Ke Stesen Moneral Medan Tunnku dirasmikan


Alhamdulilah, akhirnya jejantas berbumbung ini dirasmikan. Harapan saya dan pengguna pengangkutan awam ini ajar jejantas berbumbung ini mampu memudahkan pengguna2 pengangkutan awam. 

Dah lama ternanti2 jejantas ini boleh digunakan. Akhirnya, bila ternampak banner ini @ Maju Junction lunch tadi, saya dan ofismate saya sangat gembira.

Weekend

Decoration Ramadhan & Raya @ Shah Alam Mall, Seksyen 9.

Ahad petang, kami sekeluarga ke Shah Alam Mall Section 9 untuk membeli casing tablet yang makin lusuh. Payah benar mencari casing tablet samsung 8.9 inci ni. Masa beli hari tuuu, konon2nya nak lain dari yang lain dan nak limited edition, tak pasal2 susah pula nak dapatkan casing baru sebab tak banyak kedai yang jual. 

Dapat juga casing tablet samsung yang baru

Akhirnya kami dapat juga menukarkan casing tablet yang berwarna purple kepada warna hitam. Siap minta tauke kedai pasangkan terus dan masukkan casing tablet lama dalam box casing baru.

Pelbagai pilihan koleksi baju raya @ Shah Alam Mall, Seksyen 9

Pelbagai pilihan koleksi baju raya terdapat di sini. Cuci mata kejap disini. Last2, 3 hero saya menghilangkan diri ke MBG membeli buah mangga. Mereka boring menunggu saya melihat koleksi baju raya, sebab mereka tahu confirm saya tak beli.Ini kerana saya dah tempah baju kurung.
Katalog Hari Raya dari Habib Jewel & Beg pembelian barangan Habib Jewel
 Emas turun lagi, alamak saya tergoda lagiii, RM145 segram. Singgah kejap nak tinjau2, dan ambil katalog hari raya. Sekali......jeng jeng jeng. Saya tergoda lagiii. Akhirnya saya beli satu lagi barangan HABIB jewel. Tambah koleksi di tangan kiri.

Baru je dapat barang HABIB ni ketika mother's day may lalu. Masa tuu RM155 segram. Dapat lagi beg diatas. Saya siap pesan kat akak HABIB tuu, jangan lupa simpankan saya sampul duit raya, nanti saya datang lagi membeli di Shah Alam Mall. Kakak tu dah memang kenal kami, jadi dia kata "ok2, jangan lupa datang singgah nanti".

Memandangkan masa kami keluar dari shopping mall ini dah nak Maghrib, maka kami mengambil keputusan untuk solat Maghrib di surau Seksyen 7, kebetulan ada ceramah agama selepas Maghrib hingga Isyak. Ceramah tersebut menceritakan "Kelebihan Ramadhan". Alhamdulilah, berpeluang mendengar ceramah ini dan ceramah ini sangat menarik perhatian kami sekeluarga dan ahli jemaah yang lain.

Edisi Khas RapidKL : Malaysia dan FC Barcelona

Edisi Khas RapidKL : Malaysia dan FC Barcelona

Sebanyak 30,000 kad RapidKL edisi khas sempena kempen perlawanan bola sepak antara Malaysia dan FC Barcelona di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 Ogos ini telah mula dijual.  Along dan Mukhriz telah melihat promosi ini dalam "The Star" pada hari sabtu lepas (06/07/2013). Mukhriz berkali2 pesan pada saya agar saya beli kad ini kerana katanya dia mahu menyimpannya. Maka pagi tadi, saya telah membelinya di kaunter LRT Sri Petaling. Kad ini boleh digunakan oleh Mukhriz jika saya bawa dia menaiki LRT nanti.

Perlu isi borang ini untuk memiliki Edisi Khas RapidKL : Malaysia dan FC Barcelona.

RM20 dikenakan untuk memiliki Edisi Khas RapidKL : Malaysia dan FC Barcelona.

Edisi khas ini saya belikan untuk koleksi Mukhriz.