-

Friday 28 June 2013

Bola...Bola.... Bola


Final Piala FA antara Kelantan vs Johor akan berlansung pada 29 Jun 2013 jam 8.45 malam. Pastinya penyokong2  2 pasukan ini akan memenuhi Stadium Bukit Jalil. 


Tiket untuk adik beradik

Pada hari ini jugalah adik-beradik En.H akan berkumpul menyaksikan perlawanan ini. Pastinya mereka akan ke Stadium awal untuk mendapatkan tempat duduk.
 

En. H tidak akan membawa Along atau Mukriz untuk perlawanan kali ini.  Along atau Mukriz dah tertanya2 kenapa dan mengapa. Jawapannya: kesihatan mereka tidak mengizinkan dan cuaca masih berjerebu. 

Mereka ber2 cuba memujuk papa mereka TAPI  jawapan papa mereka tak kan berubah. Mula meminta pertolongan mamanya, TAPI mamanya memang awal2 dah tak bagi mereka ber2 ikut dek cuaca dan kesihatan. Dua2 merajuk dengan jawapan kami.

Tonton Monster University 3D & Man of Stell 2D @ Paradigm Mall


Anak2 request nak tonton Monster University 3D dan Man of Stell. Maka saya pun book online tiket movie tersebut melalui website GSC pada pagi khamis  20 jun . Setiap tiket yang dibook akan dikenakan charge 50sen setiap satu tiket online movie. Saya telah book Monster University 3D untuk saya tonton bersama Mukhriz. Manakala Man of Stell 2D untuk EN.H dan Along. Saya memilih tarikh 22 jun (sabtu) untuk menonton movie tersebut di Paradigm Mall.



Saya pilih untuk tonton Monster University 3D jam 8.00 malam dan habis jam 9.45 malam. Manakala Man of Stell 2D jam 8.20 malam dan habis jam 10.45 malam. TETAPI ......dek kerana Mukhriz berada di hospital maka kedua2 movie tersebut ditonton oleh EN.H dan Along. 

Mukhriz merajuk abang dan papanya tak nak bawa dia tengok Movie.

Mereka ber2 menonton Monster University 3D dahulu sampai habis. Kuar dari menonton Monster University 3D. Mereka masuk semula untuk tonton  Man of Stell 2D. Hanya sejam mereka menonton Man of Stell 2D. Seronok la Along dua2 movie dia boleh tonton. Yang merajuk adalah Mukhriz......sangat2 tak puas hati dengan abangnya. Siap merajuk2 nak pegi juga, sedangkan dia berada di hospital. 

Tak pergi tgk macam rugi lak tiket yang telah di bayar, lagipun masa ni demam  Mukhriz masa ni dah reda. Demam Mukhriz turun naik diantara jam 2.00 pagi - 9.00 pagi sepanjang 6 hari di hospital. Lagipun jarak dari hospital ke Paradigm Mall hanya 15 minit sahaja. En.H dan Along akan datang bermalam di hospital jam 10.30 mlm++ selama 5 malam Mukhriz di hospital.

Thursday 27 June 2013

6 hari di Hospital

20 Jun (Khamis Malam) jam 9.00 malam Mukhriz di masukkan ke hospital kerana demam yang mencecah 39 ++. Mukhriz tetap tenang walaupun demam yang teruk.

Di masukkan ke bilik 59. First time Mukhriz bermalam di hospital.


Baru sehari di hospital dan bertanya "bila boleh balik?". Disinilah tempat Mukhriz melihat pemandangan luar. Asyik berkurung dalam wad memang membosankan.


Demam Mukhriz turun naik. Sangat mendebarkan.
Di cafe inilah saya turun naik membeli makanan dan menghilangkan rasa boring. Dekat dengan bilik. Turun tangga sahaja.
Demam dan demam lagi
Setiap kali antibiotik dimasukkan. Mukhriz kata sakit dan lenguh tangan.
Demam semakin turun naik. Sian Mukhriz yang lasak nii.
Ubat Oh Ubat. Selamat la Mukhriz senang makan ubat.
Hari ke 4. Banyak kali diserang demam.
Hari ke 5. Sample darah diambil lagi. Alhamdulilah nampak Mukhriz semakin pulih.
Remote TV inilah peneman Mukhriz. Asyik2 tukar channel.

Hari ke 6.Sudah boleh pulang. Dah boleh buka balutan ditangan.
Bye2 Hospital.

Monday 24 June 2013

Bermalam di hospital



Khamis malam (20 jun), Mukhriz telah dimasukkan @ hospital akibat demam yang mencecah 39.8. Kini masih berada di hospital dan keadaan Mukhriz beransur baik. Pagi tadi jam 7.20, sekali lagi sample darah diambil. 4 malam berada di hospital dalam debaran bila melihat keadaan demam Mukhriz yang turun naik. Apa pun semua urusan dipermudahkan. Terima Kasih Ya Allah.

Tuesday 18 June 2013

Sightseeing Cruise - Cruise Tasik @ Putrajaya

Petang ahad, kami menaiki Sightseeing Cruise - Cruise Tasik @ Putrajaya. Tiket saya beli masa MATTA FAIR Mac yang lalu. Cuma RM50 untuk kami satu family (2 Adult + 2 Child). Kami menaiki Cruise ini jam 6.00 petang. Selama 45 minit kami berada di Cruise ini melihat pemandangan Putrajaya.

Klik link ini mengetahui harga tiket Cruise.


Tiket Sightseeing Cruise - Cruise Tasik @ Putrajaya

Setiap penumpang diberikan 1 mineral water sebelum menaiki Cruise.

Jom kita melihat pemandangan Putrajaya dengan Sightseeing Cruise
View 1
View 2

View3

View 4

View 5

View 6

Monday 17 June 2013

Menduduki Ujian Tilawah & Hafazan PSRA(Tahun 6) 2013

Ujian Tilawah & Hafazan PSRA 2013


Ujian Tilawah & Hafazan PSRA bermula dari 13 Jun 2013 (Khamis) dan akan berakhir pada 18 Jun 2013 (Selasa). Sepanjang tarikh ini  Para pelajar PSRA(tahun 6) akan bergilir2 datang ke sekolah untuk mejalani ujian ini mengikut angka giliran mereka. Manakala bagi pelajar PSRA(tahun 6) yang tidak terlibat menjalani ujian tersebut tidak perlu ke sekolah agama.



Maka hari ini 17 Jun 2013 (Isnin), giliran Along pula akan menduduki ujian Tilawah & Hafazan PSRA tersebut. Hari ini Along akan membaca 2 Surah Tilawah & Hafazan berdasarkan cabutan soalan yang dibuat oleh Along nanti. 

Debaran buat Along dan kami sekeluarga. Harapan kami moga Along mampu menjawab soalan Tilawah & Hafazan yang diberikan dengan tenang dan mendapat markah yang cemerlang.

Thursday 13 June 2013

Cek ke 5 dari Nuffnang

Alhamdulillah, dapat cek ke 5 dari Nuffnang pada 5 Jun lalu.

Cek ke 4(diterima 8april)  dibankin bersama2 dengan cek ke 5.

RM300++ untuk 2 cek Nuffang ini. Terima Kasih Nuffnang.

Wednesday 12 June 2013

Makan : Village View Restaurant @ Bangi

Weekend: Ahad Malam kami ke Village View Restaurant @ Bangi

Terdapat Pelbagai Menu. Harga yang berpatutan. Servicenya, tak payah tunggu lama2 untuk dinner.
Minuman : Carrot Susu 1 Jug

4 menu pilihan kami. Siakap Sour Plum, Kerabu Sotong, Tomyam Campur & Telur Bungkus.
Siakap Sour Plum
Tomyam Campur
Kerabu Sotong
Mukhriz dan Haikal(anak buah kami) sedang bagi makan ikan koi di Restoran ini. Masa sampai kami call Haikal & Family dtg sini. Tunggu punya tunggu punyalah lama. Kami ngap semua menu yang diorder. Tapi haikal lum muncul2. Sejam lebih gak menunggu. Akhirya mereka sampai. Seronok Mukhriz sebab ada geng nak kasi makan ikan koi ni. Dulu Mukhriz dan Adiknya (Arwah Feqah Insyirah) suka bagi makan ikan disini. Tapi semua itu tinggal kenangan.

Banyak ikan Koi disini. Makanan ikan dijual RM1 untuk 1 cup.

Tuesday 11 June 2013

Mari Mewarna

Sabtu lepas, kami ke The Curve. Kami melalui kawasan Starbuck kerana kami mahu ke E-Curve. Mukhriz di pelawa oleh pihak penganjur untuk menyertai peraduan mari mewarna. Along  tak de masa ni sebab Along ada kursus Motivasi.

Peraduan mewarna ini bermula jam 1.00 tengahari. Dan tamat jam 3.00 petang.
Suasana event tersebut. Belon2 diikat dikerusi.

 Mukhriz tak sempat habiskan mewarna, kata Mukhriz dia penat. Aci tak macam tu, tadi dia yang beriya2 nak try peraduan ini.
Sementara menunggu Mukhriz mewarna, kami diberi penerangan oleh pihak pengajur. Kami dapat 2 goodies beg. Didalam goodies beg tersebut terdapat barangan2 di atas.
Seterusnya kami ke E-Curve atas urusan En.H . Selesai urusan tersebut, Mukhriz request nak tengok baju bola @ Adidas. Akhirnya Mukhriz memilih baju berwarna oren. Tersenyum gembira. Siap pesan "mama jangan bagitahu Along tau, Mukhriz beli baju". Iya2 pesan kat mama macam la Along tak tanya kalau dia pakai baju tu nanti.