-

Sunday 26 May 2013

Genap setahun Arwah Feqah Insyirah Kembali ke Rahmatullah


25/05/2013(Sabtu) genap setahun arwah Feqah Insyirah kembali ke Rahmatullah.Terima kasih Ya Allah kerana telah meminjam arwah Feqah Insyirah kepada kami


Mati itu pasti. Kematian arwah Feqah Insyirah disebabkan oleh Bronchopneumonia yang sering melanda kanak2 dibawah umur 5 tahun. Begitu senang dirimu menghembuskan nafas terakhir setelah mengalami sesak nafas hanya beberapa ketika sahaja. 
 


Allah dah aturkan yang terbaik buatmu duhai anakku Feqah Insyirah. Allah lebih menyayangimu duhai anakku.  Kami redha dengan ketentuan Ilahi. Segala urusan telah dipermudahan. 

Sesungguhnya, rahmat Allah terlalu banyak buat kami, dan kami tidak mampu untuk menidakkannya. Kami mencari sinarMu Ya Allah.

Terima Kasih Ya Allah atas segala-galanya.  Terima kasih Ya Allah kerna berikan ku ketabahan untuk melalui semua ini dengan penuh ketenangan. Walaupun kadang-kala rasa rindu kepada arwah Feqah Insyirah membuatkan air mata mengalir tanpa disedari.

Thursday 23 May 2013

Tonton Star Trek @ GSC Paradigm Mall


Kami menonton Star Trek Into Darkness @ GSC Paradigm Mall jam 9.40 malam semalam. Seperti biasa saya akan book tiket meggunakan GSC online. Selepas ambil Along dari tuition jam 9.20 malam, kami terus ke Paradigm Mall. 

Movie ini mengambil masa selama 2 jam 15 minit. First time tonton movie malam hari sekolah dan kerja. Mukhriz awal2 lagi dah tidur. Along memang minat cerita2 begini, jadi tak ada masalah menonton sampai habis walaupun jam dah 12.00 mlm. 


 Tonton  Star Trek Into Darkness @ GSC Paradigm Mall

Wednesday 22 May 2013

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 5

Kanak2 akan happy sepanjang berada di Puteri Harbour Theme Park. Beberapa gambar untuk last part entry The Little CLub saya selitkan di blog ini.


Bertie The Bus
Harold's Helitours Ride

Jom cuba

Kanak2 pasti happy berada disini.
Windmill

Colin Crene Drop Ride

Tuesday 21 May 2013

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 4

Jom ke zon Thomas & Friends @ Level 3

Pertunjukan Thomas & Friends. Jom kita menonton.

Pastikan anda berada di depan pentas di Level 2 untuk menonton pertunjukan Thomas & Friends.
Mari kita naik train.(Thomas & Friends)

Sempat lagi bergambar sebelum train bergerak.
Rombongan kanak2 tadika beratur untuk menaiki train.(Thomas & Friends)
Jom explore zon Thomas & Friends. 

Banyak habiskan masa di Bumper Car. Seronok betul Along & Mukhriz bila papanya langgar2 mereka. Berkali2 mencuba Bumper car. 
Along yang kuat makan.
Bergambar dengan maskot Boss(berbaju hitam) Thomas & Friends.


Klik entry dibawah untuk mengetahui cerita:

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 1

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 2

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 3

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 5

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 3

Jom ke zon Bob the Builder pula. Terletak di Level 2. Kanak2 perlu menanggalkan kasut untuk memasuki taman permainan @ zon Bob the Builder. Kanak2 boleh membina rumah dengan blok2 bata yang lembut. Rekabentuk dan jentera2  & Bob the Builder yang menarik.
 
View 1: Zon Bob the Builder
View 2: Zon Bob the Builder

Yahoo

Bergambar dengan maskot Bob the Builder


Klik entry dibawah untuk mengetahui cerita:

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 1

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 2

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 4

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 5

Monday 20 May 2013

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 2

Jom tonton pertunjukan Barney.

Jom ke zon Barney pula. Pastikan anda mengambil jadual show pada hari tersebut. Jom menonton pertunjukan Barney di pentas yang disediakan di Level 2. Pastinya anak anda akan seronok menonton pertunjukan dari Barney.

Anak2 saya memang suka Barney. Walaupun Along sudah 12 tahun, beliau sangat happy menonton pertunjukan tersebut. Along teringat zaman2 kecil2 dulu, pantang tengok kedai CD pasti cari CD Barney. Pastinya CD Barney tersebut akan menjadi miliknya.CD Barney tersebut disimpan untuk ke 2 adiknya iaitu Mukhriz dan Arwah Feqah Insyirah.

Bagi yang minat Barney ini. Pastinya di setiap penghujung persembahan, akan ada lagu I Love U. Dan masih ingat lagi, saya dan anak2 akan peluk menandakan tanda sayang.

Adakah anak anda juga peminat cerita atau nyanyaian dari Barney? Jika ya, pastinya bila datang ke sini, mereka akan seronok Maskot Barney ini berada di depan mereka.


Jom menyanyi dan menari bersama dengan Barney. Kanak2 dari tadika ini di jemput untuk bangun menari & menyanyi bersama Barney.

View 1: Zon Barney @ The Little Big Club

View 2: Zon Barney @ The Little Big Club

View 3: Zon Barney @ The Little Big Club. Tengok tu, lepas tonton pertunjukan Barney, 2 beradik ini request nak makan Ice-Cream.


Klik entry dibawah untuk mengetahui cerita:
 
The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 1

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 3

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 4

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 5

The Little Big Club @ Puteri Harbour - Part 1

Iniah tiket untuk masuk ke Puteri Harbour Family Theme Park. Tag berwarna putih untuk tiket 2 theme park( Sanrio Hello Kitty Town  & The Little Big Club. Tag berwarna pink untuk 1 theme park(Sanrio Hello Kitty Town). Manakala tag berwarna biru untuk 1 theme park (The Little Big Club). Kami memakai tag berwarna biru untuk ke theme park The Little Big Club yang terletak di level 2 & 3.
Jom ke zon PINGU yang terletak di Level 2. Tengok Mukhriz menyelit diantara kepala2 pingu itu.

Disini terdapat pelbagai maianan. Jika anak anda suka cartoon Pingu mereka pasti seronok berada disini.

2 beradik sedang bermain.
Jom kita cuba games pula.
Jom kita baling2. Sapa yang lebih banyak markah.

Jom masukkan bola2 ini.

Bergambar dengan maskot Pingu


Ini pula di Angelina Ballerina zon. Kanak2 perempuan pastinya seronok berada disini. Mereka boleh menari bersama maskot Angelina Ballerina.
   

Thursday 16 May 2013

Beli Tiket The Little Big Club, Puteri Harbour @ MATTA FAIR PWTC(Mac 2013)

Jom ke The Little Big Club @ Puteri Harbour Family Theme Park

Tiket The Little Big Club @ Puteri Harbour Family Theme Park saya beli semasa MATTA FAIR @ PWTC Mac yang lalu. Pastinya dapat harga yang murah ketika MATTA FAIR. Saya hanya memilih 1 Theme Park sahaja iaitu The Little Big Club. 
4 Tiket The Little Big Club

Kenapa saya tidak membeli 2 theme park iaitu The Little Big Club & Sanrio Hello Kitty Town? Jawapannya: kini, saya cuma ada 2 anak lelaki dan anak perempuan saya sudah berada di alam barzakh. Saya tidak mahu jika saya ke Sanrio Hello Kitty Town akan membuatkan Along & Mukhriz sedih teringatkan arwah adik mereka (arwah Feqah Insyirah) yang sangat suka warna2 pink.


Harga tiket The Little Big Club masa MATTA FAIR yang lalu ialah RM150 untuk 3 orang DAN dapat 1 tiket free. Maknanya saya cuma membayar RM150 untuk 4 tiket The Little Big Club. Bila dibahagiakan kepada 4. Saya cuma membayar RM37.50 untuk 1 tiket. 
 
Dapat Free Photo Voucher dengan pembelian tiket The Little Big Club
Dan saya juga mendapat 1 keping Free Photo Voucher dengan pembelian tiket tersebut. Anda juga boleh mendapatkan tiket2 ini di website Puteri Harbour Family Theme Park.

Wheel of fortune. Dapat hadiah dari Hitz FM
 Setelah membuat pembayaran, saya berpeluang untuk mencuba wheel of fortune. DAN saya berjaya mendapat hadiah dari Hitz FM. 


Inilah hadiah dari Hitz FM. Dalam beg ini terdapat topi Hitz FM dan bekas air Hitz FM. Saya telah menggunakan tiket pada 29 April 2013 (ahad).

Singgah Sebentar @ Malaysian Food Street, Resort World Singapore


Singgah Sebentar makan @ Malaysian Food Street untuk menggunakan voucher makanan SGD5 X 5 keping.

Tapau juga 2 nasi beriani untuk di bawa pulang. 1 nasi Beraini ini SGD6
Cuci mata sebentar di sini setelah kekenyangan

Singgah juga di Hard Rock Hotel,  beli 3 helai T-shirt Hard Rock Hotel, Singapore.

Wednesday 15 May 2013

Adventure Cove Waterpark - Part 3


Jom beratur untuk aktiviti Snorkeling @ Rainbow Reef.

Inilah ikan warna-warni @ Rainbow Reef

 Tiada bayaran dikenakan untuk snorkeling equipment ini. Ready untuk Snorkeling. Bestnya dapat snorkeling.

Tengok tu, leka kanak2 melihat ikan di sini.
Dah kelaparan. Jom order makanan. Cari booth Halal. Walaupun saya ada voucher makanan (SGD5X5 keping) tapi saya tak menggunakannya kerana hanya  The Bay Restoran  yang menerima voucher tersebut TETAPI restoran tersebut menjual non halal food. Kami gunakan voucher itu di Resort World semasa pulang dari waterpark ini.
Order 3 pizza. Tapi Mukhriz dapat dulu, Along dah tak sabar2 nak rasa. 2 pizza tengah tunggu.
Mukhriz masam dan merajuk bila Along ambil pizza dia. 1 pizza SGD 9.00(±RM22.50), Orange Juice SGD 3.50(±RM8.75), Apple Jiuce SGD 3.50(±RM8.75), Ice-Cream Cornetto SGD 4 (±RM10)
Beli juga minuman dalam bekas ini SGD 10.80(±RM27). Boleh guna bekas ini untuk refill soft drink. Tapi saya refill, isi air @ water dispenser. Budget2. 

Perut dah kenyang, jom tengok map. Mana lagi yang tempat yang tak pergi.
Anda juga boleh menyewa cabana ini.
Jom ke BluWater. Jom merasai ombak2 disini.Terumbang-ambing 2 beradik ini dilambung ombak. Tak pening ke nak ooi. Tak penat ke?
Anda juga boleh memberi ikan pari makan. Untuk ke Ray Bay ini ada perlu membayar SGD20(±RM50).