-

Wednesday 28 November 2012

8 Hari 9 Malam - Along & Mukhriz berada di kampung



19 Nov 2012 (isnin) malam anak2 saya ditinggalkan di kampung halaman. Bagi Along sudah menjadi kebiasaan baginya kerana setiap kali tiba Cuti Persekolahan Akhir Tahun akan berada di kampung halaman. Kenapa begitu? Jawapannya kerana Along bosan berada di Nursery. Sebab itulah Along dengan rela hati untuk berpisah seketika dengan mama & papanya untuk tinggal bersama atuk dan neneknya. Dari umur Along 5 tahun lagi, dia memilih untuk berada di kampung sepanjang Cuti Persekolahan Akhir Tahun.

Pada mulalnya memang agak sukar bila berjauhan dengan anak. Lama kelamaan dan bila dah setiap tahun begitu, maka saya & En.H dapat menyesuaikan diri tanpa along setiap kali Cuti Persekolahn Akhir Tahun. Sudah 6 tahun berturut2 along pulang kampung semasa  Cuti Persekolahn Akhir Tahun.

Memandangkan anak saya kini cuma tinggal 2 sahaja. Maka agak sukar untuk memisahkan 2 beradik ini iaitu Along & Mukhriz. Masing2 akan buntu dan sepi jika mereka tidak bersama. Contohnya bila Mukhriz ke Latihan Karate - Along akan menunggu adiknya sambil berkata "lambatnya adik(Mukhriz) nak balik". Begitulah juga Mukhriz, jika along ke tuition walaupun sejam tetap akan berkata "lambatnya along balik - rumah sunyilah mama".

Maka pada tahun ini Mukhriz dengan rela hati untuk mengikuti jejak along iaitu untuk memilih berada di kmapung sepanjang cuti akhir tahun ini. Jika dulu Mukhriz ada arwah Feqah. Mukhriz tak sunyi sebab ada adiknya arwah Feqah. Semuanya berubah dan masing2 perlu mengesuaikan diri dengan keadaan.


Maka tinggallah kami ber2 di KL mencari rezeki. Sedangkan 3 anak kami berada di kampung halaman. Seorang telah bersemadi buat selama-lamanya(arwah Feqah Insyirah) dan pusaranya di kampung halaman. Manakala 2 anak lagi (Along & Mukhriz) bergilir2 berada di rumah atuk & neneknya (keluarga saya & keluarga En.H).

Kerinduan terhadap 2 anak (Along & Mukhriz ) tidak begitu menyentuh perasaan seorang kami. 

Yang tinggal hanya Kenangan. Kenangan itu tetap indah walaupun hanya seketika memilikimu (arwah Feqah Insyirah).

NAMUN kerinduan terhadap seorang anak yang bernama Feqah Insyirah benar2 menyentuh hati & perasaan ni, kadang kala tanpa diminta mata akan berkaca dan kadang kala juga titisan air mata kerinduan akan membasahi pipi.

Sesungguhnya hanya mereka yang mengalami keadaan yang pastinya akan memahami keadaaan ini. Kenapa perkara ini berlaku? Ini kerana sudah tiada kenangan bersama anak yang telah bersemadi buat selama-lamanya. Sedangkan kerinduan terhadap anak yang berjauhan dengan kita, kita boleh bertanya khabar dan mendengar kata2 mereka melalui telefon. 



YA ALLAH....
kini aku bersyukur padaMU...

segala yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya...

biar pahit mana ujian yg ku tanggung...

aku tahu itu yg TERBAIK untukku...


Dalam sunyi aku bersujud. Ya Allah "berikan aku kekuatan dan kesabaran". Perjalanan ini masih panjang & menagih  pengorbanan.



Malam ini (28 Nov 2012) saya & En.H akan pulang ke kampung halaman menjenguk anak2. Selama 4 hari 4 malam akan berada  di kampung halaman. Pastinya akan melalui hari2 tersebut dengan penuh aktiviti dan memenatkan kerana akan berlangsungnya perkahwinan adik perempuan saya ketika itu.

Duhai anak (arwah Feqah Insyirah) mama & papa pasti akan menziarahi pusaramu setiap hari walau sesibuk mana pun kami. Menziarahi pusaramu adalah kewajiban mama & papa setiap kali pulang ke kampung kerana mama & papa terlalu rindu kamu.

Lunch - Tapau SubwaY

Kupon Subway
 
Lunch tadi saya ke Subway yang terletak di bangunan CIMB yang berdekatan SOGO. Tapau sahaja Subway tersebut. Saya guna kupon Free one 6" sandwich when you purhase any  6" sandwich with 22oz drink. Kupon ini saya dapat dari keratan The Star 15 Nov 2012 yang lalu.


2 sandwich + 1 ice leman tea

Ice Leman Tea + Steak & cheese + seafood & crab menjadi pilihan saya kali ini.


Saya lunch dgn Steak & cheese di ofis dan bawa pulang ke rumah seafood & crab.

Sizzlling @ Food Court Giant Bandar Kinrara

Makan malam semalam ke Food Court @ Giant Bandar Kinrara untuk makan Sizzling


Yi Mie Ayam & cendawan pilihan saya. Harganya RM5.50

Nasi  Ayam & cendawan pilihan En.H. Juga berharga RM5.50

Barli suam & teh tarik menjadi pilihan kali ni. Harganya RM1.70 setiap satu.


Monday 26 November 2012

Member Day ARIANI

4 hari Jualan Hebat Separuh Harga ARIANI iaitu 23 Nov 2012 dari -26 Nov 2012. Maka saya tidak melepaskan peluang ini untuk ke Ariani.

Pastinya Ariani @ Shah Alam menjadi pilihan saya.

Telah mempunyai  kad Ariani sejak 2010 dan sudah banyak juga tudung Ariani menjadi pilihan saya.



2 tudung Ariani berwarna purple & dark pink menjadi pilihan kali ini.

Konon-kononnya cuma mahu beli 1 tudung sahaja sebab belum gaji dan budget saya tidak melebihi RM100. Begitulah setiap kali saya ke Ariani. Saya pastinya akan membeli cuma sehelai sahaja walaupun ada sale. 

Beli beli juga tapi saya selalu fikirkan kemampuan saya.  Selalunya EN.H hanya tunggu dalam kereta bersama anak2. Tapi memandangkan kali ini anak2 semuanya berada di kampung. Maka En.H menemani saya kali ini. First time dia masuk teman saya beli tudung Ariani. Hasilnya dapat 2 tudung di bayar oleh En.H, harganya tidak melebihi RM200. Terima Kasih......


Bila voucher nak expired

RM20 voucher Metrojaya yang expired pada 25 Nov 2012

2 minggu lepas kami dah ke Midvalley. Hasil pembelian di Metrojaya yang lalu, saya dapat RM20 voucher dari Metrojaya. Voucher ini expired pada 25 Nov 2012(Ahad). Memandangkan voucher ini dah nak expired maka sabtu lepas 24 Nov 2012 (sabtu)  kami pergi lagi ke Metrojaya untuk menghabiskan voucher. Kami memang suka shopping @ Metrojaya Midvalley kerana suasananya yang tenang dan tak ramai pengunjung dan yang bestnya tak perlu beratur lama untuk membayar.


 Promosi Back To School. Saya memilih Mickey Mouse Elastik Band Folder yang berwarna purple setelah membuat pembelain melebihi RM100 barangan sekolah.

Bila cuti Hujung Tahun Persekolahan bermula maka terdapat pelbagai promosi Back To School. Untuk pembelian RM100 barangan persekolahan di Metrojaya, akan dapat satu Mickey Mouse Elastik Band Folder. Terdapat dalam 3 warna iaitu merah, biru dan purple. Hanya satu Mickey Mouse Elastik Band sahaja yang layak diredeem untuk setiap kad Metrojaya. Kali ini saya cuma membeli kemeja putih sekolah sahaja kerana seluar sekolah untuk anak saya tiada saiz ketika itu.

Promosi @ Metrojaya sempena Year End Sale 2012

Metrojaya juga ada buat promosi Year End Sale (YES). Setiap pembelian RM150 akan dapat RM20 (boleh combine resit). 2 minggu lepas ada promosi seperti ini juga iaitu sempena Perayaan Deepavali.

Art Stationary  Ben10

Masa nak redeem voucher. Kami tengok pembelian baru RM288.30. RM11.70 lagi untuk melayakkan kami untuk mendapat RM40 voucher. Maka saya pun memilih untuk membeli Art Stationary Ben 10 untuk Mukhriz yang berharga RM13.90. Masa buat pembayaran cuma RM12.51 kerana ada diskaun 10% untuk Art tersebut.

Dapat RM40 voucher

Maka saya dapat RM40 voucher dari Metrojaya dan free parking untuk 3 jam pertama. Voucher tersebut valid sampai  6 Jan 2013.

Hasil pembelian @ Metrojaya weekend lepas

Simpan dulu la voucher ini untuk Sale Christmas nanti. Nak habiskan terus pun tak apa voucher itu. Tapi saya simpan dulu. Sebabnya........nanti ada alasan nak ke Midvalley lagi.


Guardian Christmas Sale


Selesai di Metrojaya, kami ke Guardian. Ada sale di Guardian. Sale tersebut bermula dari 23 Nov 2012 - 1 Jan 2013. Kami hanya membeli beberapa barangan sahaja.

Singgah sebentar di bahagian makanan Jusco

Seterusnya ke bahagian makanan Jusco. Memandangkan hari sabtu maka saya hanya mengambil beberapa barang sahaja sebabnya sabtu kan tak ada plastik. 20 sen untuk plastik pun saya berkira....sabar je la. Bukan nak beli banyak barang pun. Kami hanya ber2 sekarang ini, tak perlu beli stok makanan sebabnya anak2 berada di kampung sempena cuti sekolah.

Thursday 22 November 2012

11 tahun usiamu



Tanggal 22 Nov 2001 lahirlah insan yang bernama Hisyraf (Along) ke dunia ini. Syukur kerana dengan izinNYA kami dianugerahi insan ini. 11 tahun sudah usiamu kini. Dan 11 tahun jugalah saya bergelar seorang ibu.

Duhai anak ......Jaga Solatmu, Jaga Islammu. Moga menjadi anak yang berjaya di dunia & akhirat.

Minum ANLENE untuk tulang - cegah osteoporosis


Penjagaan tulang amat penting supaya mereka dapat meneruskan kehidupan sebaiknya. Meskipun sibuk dengan kerjaya dan urusan harian pastikan kita mengambil kalsium yang secukupnya.



Kebanyakkan wanita Malaysia hanya mendapat 50% keperluan kalsium harian mereka.


Saya mula minum anlene sejak 3 tahun lepas

Anlene Chocolate Flavour menjadi pilihan saya samaada dalam kotak ataupun anlene yang dibancuh sendiri. Jika kemalasan melanda saya akan memilih anlene kotak ini. 1 kotak ini terdapat 4 kotak kecil yang setiap kotak mengandungi 110ml susu anlene.


Anlene Chocalate Flovur menjadi pilihan

Wednesday 21 November 2012

Makan2 @ Fruity Bakery & Cake, Maju Junction


Makan2 @ Fruity Bakery & Cake, Maju Junction sempena Birthday  Girls untuk bulan October. Birthday bulan Oktober tapi di celebrate bulan Nov. Birthday Girl tersebut adalah Saya & Meera. Kami berdua meniti usia yang makin bertambah moga bertambahnya usia akan mematangkan kami.

LAD Team terdiri daripada 9 orang sahaja

Setiap menu yang diorder diberikan 1 slice kek.

Dapat Hadiah dari LAD Team

 Meera (yang bertudung coklat) merupakan Birthday Girl kali ini.

Tuesday 20 November 2012

Musim Buah Dokong

Sekarang musim buah dokong di kampung halaman

Di halaman rumah ada pokok dokong yang rendang. Buah dokong boleh dicapai dengan tangan.

Nenek Mukhriz sedang mengait buah dokong untuk Mukhriz.  
Mukhriz sedang mengutip buah dokong.

Inilah hasil kutipan buah dokong oleh Mukhriz. Kait sikit2 sahaja sekadar melayan kerenah Mukhriz yang tak habis2 nak kutip buah dokong.

Monday 19 November 2012

Pulang ke KL setelah 5 hari di kampung



Semua urusan telah dilaksanakan sepanjang 5 hari berada di kampung. Malam ni jam 9.55 malam HANYA saya dan En.H yang akan pulang ke KL. Sementara Along & Mukhriz berada di kampung sempena cuti sekolah. Selama 9 hari along dan Mukhriz akan berada di kampung bersama atuk dan nenek mereka kerana pada 28 Nov nanti saya dan En.H akan pulang semula ke kampung halaman.

Thursday 15 November 2012

Pulang Ke Kampung


15 Nov -19 Nov kami di kampung halaman

Jam 4.00 pagi 15 Nov 2012 kami bertolak pulang ke Kampung / Kelatan.Harap kami sampai di destinasi dengan selamat dan dipermudahkan.  Banyak urusan yang perlu dilaksanakan sepanjang 5 hari berada di kampung nanti. 

Yang pastinya akan terubat kerinduan yang mendalam kepada arwah anak bongsuku (arwah Feqah Insyirah) takkala  menziarahi pusaranya nanti. Walaupun hujan mama & papa pasti akan menziarahi pusaramu duhai anak. Dirimu terlalu istimewa buat kami duhai anak. Tidak pernah luput nama & telatahmu walaupun dirimu sudah tiada di dunia ini.

Wednesday 14 November 2012

Slide @ Empire Mall

Jom try slide  @ Empire Mall. Terletak @ 2nd Floor

Dah lama 2 beradik ini (Along & Mukhriz) mahu cuba slide ini. Tapi saya tak izinkan sebabnya Feqah belum layak untuk menaikinya(tak cukup tinggi). Kini Feqah sudah tiada di dunia maka niat 2 beradik ni saya tunaikan.

Harga tiket untuk mencuba slide tersebut.

Baca syarat2 nya dahulu.

Along yang mula dulu

Inilah cara untuk cuba slide ini. Mukhriz sudah ready. En.H yang teman anak2  @ 2nd Floor

Saya tunggu anak2 kat LG.

Selesai sudah cubaan 2 beradik ini. Seronok kata mereka.

Berkunjung ke rumah jiran sempena Deepavali


Buah tangan yang dibawa ketika berkunjung sempena Deepavali

Setiap kali Deepavali pastinya saya akan ke rumah Jiran sebelah rumah. Hampir 10 tahun saya kenal jiran ini, jiran ini baik walaupun berlainan kaum. Aunty ini tidak bekerja dan mempunyai 4 anak. Buah tangan semestinya dibawa sebagai adat kita berkunjungan. Walaupun jiran ini telah berpindah 3 tahun lepas namun kami tetap berkunjung ke rumahnya kerana rumahnya dalam kawasan perumahan yang sama.


Kolam Deepavali yang terdapat di ruang tamu. Dibuat oleh anak2 tuan rumah.

Duit raya deepavali untuk Along & Mukhriz

Tahun ini cuba 2 duit raya sempena deepavali berbeza sebelum ini 3 untuk 3 beradik.

Monday 12 November 2012

Perfect Lifestyle '12 @ Midvalley Nov 2012



Kami ke Perfect Lifestyle '12 pada 11/11/2012

Selepas register dapat bekas dari Tupperware hanya untuk First 1000 visitors.

Masa servey2 barang. Mukhriz nampak Baduk ini. Stop sebentar @ booth Elba untuk Mukhriz dapatkan belon.

Free gift yang kami dapat setelah kami LIKE YES

Staf YES sedang mempromosikan produknya.

Brochure yang kami dapat. Boleh belek2 dan boleh berangan untuk barangan rumah. Untuk beli belum masanya lagi.