-

Wednesday 26 September 2012

O'briens The Curve

O'briens The Curve

Setelah kepenatan jejalan dan tinjau2 di ikea, ikano dan the curve, kami berehat sebentar di O'briens. Lepak disini sampai Maghrib. Lebih kurang jam 7.40mlm terdengar nyanyian dari life band. Rupa-rupanya ada nyangyian life band dari Restoran Asam Pedas yang selang beberapa kedai dr O'briens.

Kami layan juga dengar lagu tersebut. Dunia oh dunia, solat maghrib belum ditunaikan. Asyik duduk dengar Live Band pula. Bukan apa, kalau gi surau awal2, tak ada kain sembayang. Semua guna kain sembayang yang disediakan oleh surau. Jadi gunakan alasan itu untuk lambatkan sikit Maghrib kali ini. Sempat gak 3, 4 lagu dengar. Jam 7.53 gerak ke surau The Curve yang terletak di Tingkat 2. Selesai solat terus gerak balik rumah sebab isnin kan sekolah tak boleh lepak lama2. Dan yang pastinya En.H dan 2 boys mahu tonton bola malam itu @ astro.


Lepak2 @ O'Briens sambil main games
Hanya order 2 set sandwich & 2 mineral water sahaja.
Gerai jualan yang terdapat di Street Market

Along oh Along ..makan je

Tuesday 25 September 2012

Shimino Japanese Crepes @ Ikano

Shimino Japanese Crepes @ Ikano

Ahad lepas kami ke Ikano dan The Curve. Along dan Mukhriz ingin mencuba Shimino Japanese Crepes. Maka mereka ber2 order makanan ini mengikut citarasa mereka. Along pilih Peaches, Caramel Topping dan Mukhriz memilih Fresh Mango, Honey Topping. Rasanya sedap, berkrim dan buah-buahan yang diletakkan fresh. 

Sebahagian dari menu  Shimino Japanese Crepes
Memilih 2 menu yang berbeza dari Shimino Japanese Crepes

Skypark Terminal Subang

Skypark Terminal Subang 



Dari USJ saya terus ke Skypark Terminal Subang. Dekat sahaja untuk ke sana. Walaupun dekat, saya terlewat sampai disebabkan jem depan Summit USJ.

Jam 9.45, En.H SMS saya. Katanya dah sampai. Saya kata "baca paper dulu nanti sampai mama call". Dek kelewatan sampai disana, maka saya tak call En.H malah saya terus parking berdekatan dgn McD. Maka kami ber3 pun mencari En.H. Senang je nak cari sebab En.H memakai sweeter merah F1. 


Beginilah ragam2 anak bila jumpa papanya

Bila dah jumpa inilah lagat anak2 saya. Along dah mula berbisik2 papanya. Dah tahu sangat dah. Along ni tak de benda lain mesti nak minta belikan makanan/ minuman. Dah la hari nii sekolah ganti untuk sekolah kebangsaan, along tak gi sekolah. Bukan salah anak ya. Salah saya yang lupa sabtu 22 sept ada sekolah ganti.


Inilah yang Mukhriz cari. Kekacang / makanan dari Firefly

Mukhriz pula selalunya akan suka cari gali bagpack En.H. Apa yang Mukhriz cari ialah Kacang yang dapat dari Firefly. Dahulu bab2 kacang ni, Mukhriz dan Feqah yang suka bila En.H pulang. Maka En.H pun terpaksalah melayan 2 beradik itu dengan bahagi2 kan kacang itu. Kini, Mukhriz tak perlu  lagi share kacang itu kerana adiknya(arwah Feqah Insyirah) sudah tiada didunia ini lagi.


Along yang sangat suka bab2 yang berkaitan dengan makanan/minuman

Mukhriz dapat kacang dan Muffin. Along pula request nak ice blended. En.H bagi duit pada along. Pandai2 la buat pilihan. Maka along memilih untuk beli ice belended @ Big Apple. Hasilnya blueberry ice belended menjadi pilihan Along. 

Kemudian terus pulang ke rumah. Saya nak kemas rumah dan nak masak untuk lunch.

Monday 24 September 2012

Beli barang dapur @ Mydin USJ

Taman Permaianan @ Mydin USJ yang masih kosong di pagi hari

Saya sering ke  Mydin Hypermarket @ USJ. Rumah saya dekat je dekat Mydin ini tapi kena lalu Kesas Highway. Pepagi sabtu yang lalu saya ke sana untuk beli barang dapur. Seawal 8.30 pagi dah sampai disana. Hari sabtu Mydin dah buka jam 8.30 pagi, ke sana awal sebab saya kena ambil En.H di Subang Skypark jam 9.45 pagi. Suasana di Mydin yang masih kosong dan byk kedai didalam bangunan itu  yang belum buka kecuali Mydin. Naik je eskelator kan nampak taman permaian. Sah2 la tak de kanak2 bermain lagikan. Awal lagi ini. Mukhriz terus meluru ke taman permaian. Duduk kejap dan ajak saya masuk Mydin. 


Rindu akan anak kecil ini. Kenangan bersamamu tetap dihati kami.


Sebagai ibu saya tahu yang Mukhriz teringatkan arwah adiknya Feqah Insyirah. Selalunya jika kami ke Mydin untuk beli barang semestinya Mukhriz dan arwah kan main disini sampai letih. Mereka ber2 akan ditemani oleh En.H. Bukan setakat ditemani En.H tapi mereka ber2 inilah yang selalu minta En.H beli kan token lebih2 sebab nak main macam2. Along biasanya akan teman saya beli barang, taman permainan itu dah tak sesuai dah dengan umur along. Bukan Mukhriz saya rindu padaMu duhai arwah Feqah, mama dan along pun sangat2 merinduimu ketika melalui taman permainan ini. 
Mesin untuk tukar token. Sempat lagi tuu saya ambil gambar disini.
 
 
Bila nampak mesin token ini saya tanya Mukhriz "nak main tak? mama belikan token."
 
Mukhriz: Tak nak la main. Tak best.(Mukhriz cuba mengawal perasaannya)

 
Along: Along dan mama temankan Mukhriz. Mukhriz main la. Awal lagi nii sempat lagi nak beli barang dan ambil papa nanti.

 
Mukhriz: Jom la mama dan along. Mukhriz tak nak la  main. Tak payah la tukar token.
Maka kami pun terus masuk ke Mydin beli apa2 yang patut. Jam 9.20 terus kuar dari Mydin untuk ke Subang Skypark untuk ambil En.H yang baru sampai dari Kota Bharu.

Thursday 20 September 2012

Central Market


Pintu Gerbang Central Market

2 minggu lepas saya ada seminar di Annexe Gallery, Central Market. Sudah lama betul tak ke Central Market ini. Sempat juga meninjau2 hasil jualan seni dan produk Kraftangan Malaysia. Diselitkan beberapa gambar yang diambil.

KeyChain kenang-kenangan dr Malaysia
Wau - Kesenian Malaysia
T-Shirt I love KL


Syawal Dah Habis, Mari Mengira & Menyimpan Duit Raya

Akaun YIPPIE MAYBANK menjadi pilihan untuk akaun anak2 saya

Syawal dah habih. Jom kira duit raya. Duit Raya ini akan disimpan di dalam akuan YIPPIE Maybank. Anak2 saya mempunyai akaun YIPPIE MAYBANK sejak kecil lagi. Saya memilih akuan YIPPIE kerana senang nak transfer duit ke dalam akuan anak2 setiap bulan menggunakan MAYBANK2U. Transfer je berapa yang difikirkan bersesuaian dengan kemampuan yang ada pada bulan tersebut. Sikit2 tranfer dalam akuan anak, lama2 bila update buku akaun berubah juga angka dalam akuan anak.

Dulu, tahun 2001 mana ada lagi MAYBANK2U. Setiap bulan la saya ke MAYBANK, bankin duit along. MAsa tuu MAYBANK dekat dengan ofis. Sambil2 ambil duit gaji, singgah bankin duit along jap. Sejak dah ada MAYBANK2U ni lagi senang urusan. Saya cuma transfer guna MAYBANK2u saya untuk ketiga2 anak setiap bulan.

Akaun YIPPIE MAYBANK arwah Feqah Insyirah
  
Sejak bulan JUN 2012 saya cuma transfer utk 2 anak saya(along & Mukhriz), terasa sayu setiap kali nak tranfer duit ke akaun anak2. Sudah tiada insan kecil yang bernama Feqah Insyirah.

Duit Raya Along & Mukhriz

Setiap tahun habis je bulan syawal saya akan bankin duit raya anak2. Semua duit raya akan dibahagikan sama rata. Jika dulu dibahagi 3. Kini dibahagi 2 sahaja kerana kini cuma tinggal 2 anak sahaja. Duit Raya ini dimasukkan untuk menambahkan lagi jumlah duit yang ada. Dan ketika inilah buku akaun tersebut diupdate untuk melihat jumlah2 yang ditransfer melalui MAYBANK2U. Menyimpan untuk masa depan mereka, walaupun tak banyak tapi yang penting ada juga simpanan.  



19 Sept 2012 (Rabu) saya pun ke Maybank yang berdekatan ofis untuk bankin duit raya ini. Duit Raya anak telah selesai dimasukkan ke dalam akaun along & Mukhriz. Kemudian .......... saya kasi akuan YIPPIE arwah Feqah Insyirah pula untuk update.

Staf Maybank tanya saya "kak, kenapa akak tak bahagi duit raya ni kepada 3 anak akak?  Tak kan anak akak ini tak de duit raya. "

Dengan hati yang sedih saya berkata "dik, Feqah Insyirah sudah tiada didunia ini, sebab tu akak tak masukkan duit raya untuk dia. Akak cuma nak update untuk tahu jumlah yang ada dalam akuan ini sahaja."

Staf Maybank berkata lagi "akak, akak boleh ambil duit anak akak ini sebab akaun ini atas nama akak. Akak, saya tutupkan buku akaun ini ya kak, sebab anak akak pun dah meninggal. Bila anak akak meninggal dan apa sakitnya?"

Dengan mata yang hampir2 menitiskan air mata dan suara sudah sedih. Saya berkata kepada staf Maybank "anak akak 5 thn tiada sakit, arwah Feqah pergi tadika dengan  perasan yang sangat happy pada hari terakhirnya di tadika, bila maghrib arwah sesak nafas dan dlm 20 minit arwah Feqah kembali ke Rahmatullah. Terlalu cepat arwah tiada. Akak tak mahu tutup lagi akaun anak akak ni, tak sampai hati akak nak ambil duit itu lagi. Akak ada plan nak sedekah duit itu kepada anak2 yatim untuk sesi persekolahan tahun depan. Insya Allah, jika sampai masa nanti akak tutup akaun itu."

Sebelum melangkah meninggalkan bank. Saya lihat mata staf maybank juga merah dan dia mencapai tisu sampai mengelap mata dan hidungnya. Mungkin hatinya dia tersentuh dengan arwah Feqah Insyirah. Walau bank itu dekat dgn ofis saya, saya berjalan perlahan2 sambil melayan hati dan perasaan saya terhadap arwah Feqah Insyirah, saya cuba untuk menahan airmata dari mengalir.

Tuesday 18 September 2012

KL - KB - KL (12 Sept - 16 Sept)

Guna tayar spare dulu sebelum ke kedai tayar ini.

12 Sept 2012 ( Rabu) saya pulang ke Kampung atas urusan bapa mertua di masukkan ke Hospital Kota Bharu akibat sakit di dalam perut. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke Kelantan melalui Grik, Perak. Tanpa diduga semasa singgah di RnR Simpang Pulai, tayar kereta sebelah kanan pecah.

Maka sesi menukar tayar pecah dengan tayar spare pun dilakukan. Ketika itu juga tetiba EN.H demam. Kebetulan adik saya juga pulang bersama saya. Dialah yang menguruskan tayar tersebut. Setelah selesai menukar tayar kami mengambil keputusan untuk exit Simpang Pulai untuk mencari kedai tayar. Alhamdulilah segala urusan dipermudahkan.

Bab2 makan ini kasi Along dulu.

Singgah sebentar di Petronas untuk membeli Panadol dan Minyak Angin. Nampak lak karipap goreng yang saiznya agak besar dan harganya cuma RM1.30. Ambil 5 biji, sorang satu. Along apa lagi pantang tgk makanan. Masuk je kereta terus dingapnya karipap itu.



Singgah sebentar di Kedai @ Cameron Highland

Dari Simpang Pulai kami melalui Cameron Highland untuk menuju ke Gua Musang. Keadaan En.H yang demam merisaukan kami. Kami singgah sebentar di Kedai Cenderamata Meiko yang terdapat di jalan Cameron Highland. Hanya saya, Along dan Mukhriz je yang masuk ke kedai tersebut. Pabila melihat cenderamata yang ada dikedai tersebut teringat kepada Arwah Feqah Insyirah. Sememangnya kalau di Cameron memang banyak cenderamata yang bertema Starwbery Shortcake iaitu karakter karton yang  diminati oleh kanak2 perempuan. Mukhriz dan Along siap cakap lagi "mama, mama, kalau Feqah ada mesti dia belikan benda2 ini kan mama". Tersentuh hati bila mendengar kata2 Along dan Mukhriz.  Kami sekadar membeli ice cream strawbery dan Asam Strawbery sahaja. Setiap kali ke Cameron kami suka ice cream ini sebab rasanya sangat sedap. 
 
Perjalanan kami untuk pulang ke kampunng kali ini mengambil masa 12jam akibat perkara2 yang tak diduga. Alhamdulilah selamat sampai di Kampung dan dapat menjenguk abah yang sakit. Satu Perjalanan yang lama.
 

Selama 5 hari di kampung. 16 Sept 2012 (ahad) kami bertolak ke KL jam 3.15 petang. Kami sampai di KL jam 11.15 malam. 8 jam sahaja perjalanan kali ini. 

Tuesday 11 September 2012

Sambutan Hari Raya @ SRA BK5

Jamuan Hari Raya di sekolah Agama SRA BK5

Jamuan Hari Raya di sekolah Agama SRA BK5 diadakan pada 8 september 2012 (sabtu) bermula jam 2.00pm - 5.00 pm. Setiap murid dikehendaki membawa makanan mengikut kelas. 

Biskut dan bihun yang dibawa ke sekolah agama
Along kena bawa kuih atau biskut raya. Along memilih untuk bawa biskut raya kerana kata along "tak nak mama susah2 masak". Bagus2, mama suka kata2 itu. Jadi saya cuma sediakan 2 biskut untuk Along bawa ke sekolah agama. Mukhriz pula kena bawa bihun / mee goreng. Saya memilih untuk goreng bihun 1 paket sahaja. Dan bihun goreng itu dimasukkan didalam bekas ice-cream. Tak payah la nak ambil bekas tu balik. Kalau letak dalam bekas cantik2 kena tunggu smp habis jamuan.

Ramai yang datang ke Majalis tersebut. Khemah dan kelas disediakan untuk menjamu selera.

Jam 2.30 baru kami sampai walaupun sekolah itu dekat dengan rumah. Pergi pun jalan kaki sahaja. Sampai di sekolah dah ramai murid2 dan keluarga masing2. Tahun 2,3,4,6 masing2 bawa air, lemang, rendang, buah-buahan,nasi impit. 


Antara menu2 yang ada

Bila masing2 bawa makanan itu pelbagai warna dapat dilihat untuk menu tersebut walaupun menu yang sama.Saya goreng bihun tak pedas dan nampak warna kicap. Ada setengah buat bihun singapore. Ada setengah tu buat bihun yang dari jauh nampak cili2. Walaupun pelbagai warna, rasanya sedap. Tambah2 lagi bila makan ramai2. Begitu juga bila tengok warna rendang. Potongan nasi impit dan  lemang pun pelbagai saiz. Yang sama ialah air strawbery dan oren sebabnya setiap murid2 tahun 4 dikehendaki membawa air gas strwabery dan orange.

Mukhriz & kawan-kawannya

Jamuan ini dapat mengeratkan silalaturahim antara ibubapa dengan murid2. Selalunya kita cuma kenal kawan2 anak kita tapi kita tak kenal ibubapa mereka. Dengan majlis begini dapatlah bersembang2 dengan ibubapa anak2 kita.

Along berbaju melayu biru dan Mukhriz berbaju melayu kuning. Ini bukan baju raya tahun ini sebabnya tahun ini mereka ber2 berjubah coklat dihari raya.

Masing2 mencari tempat yang sesuai untuk lepak2 dan makan2 dengan kekwn. Yng duk bawah speaker tuu tak sakit telinga ke dengar lagu raya. Setiap orang ada citarasa tersendiri.

Saya tak lama berada disini sebabnya saya ada 4 jemputan yang perlu ditunaikan hari itu. Jam 3.30 saya ajak anak2 balik tukar baju melayu ke baju biasa. Aktiviti seterusnya BANGI(seksyen3)- KINRARA (jiran belakang rumah) - Shah Alam(open house rumah sedara)- Saujana Utama(rumah kakak sulung Sg.Buluh).

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR

google image

Pelajar2  Tahun 6 sedang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan tersebut bermula 11 September 2012(selasa) dan berakhir  13 September 2012(Khamis). Semoga pelajar2 ini akan mendapat keputusan yang cemerlang. 

Monday 10 September 2012

MATTA FAIR Sept 2012

Buy 1 free 1

Jumaat lepas 7 Sept (jumaat) saya ke MATTA FAIR @ PWTC bersama ofismate. Tiket Matta Fair kali ini RM4. Sebelum ini, tiket MATTA FAIR cuma RM3.  Saya dan ofismate membawa haluan masing2. Sesi meninjau booth pun bermula. Saya cuma membeli tiket Sunway Lagoon Theme Park, Buy 1 free 1. Untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak berharga RM180 dan tarikh luputnya sehingga 31 Dec 2012.

Jadi ahli card BCard. Free sahaja.


Tinjau punya tinjau jumpa lak booth Berjaya. Mereka promote BCard. Kata mereka free jee tapi kena isi borang. Memnadangkan free saya pun isi lah borang. Maka dapat la card Bcard dari berjaya dan juga buku voucher Bcard. Tarikh luput voucher tersebut 31 Dec 2012 juga.


Booth Legoland

Setelah penat pusing2 dalam PWTC tuu maka saya pun pulang kerana time lunch dah habis. Sebelum pulang depan Hotel Seri Pacific ada booth Legoland. Sempat gak singgah dan ambil gambar di atas.

Dapat Buku IKEA 2013

Buku IKEA 2013

Sepeti biasa saya akan dapat buku IKEA ini di pagar rumah. Pihak IKEA akan agihkan buku IKEA ini pada setiap rumah. Tak perlu risau jika kena hujan sebabnya buku IKEA ini dimasukkan ke dalam plastik dan digantungkan di pintu pagar. Walaupun kini baru bln 9 bagi 2012 tapi dah boleh survey2 untuk tahun depan punya harga. Buku  yang mengandungi catalog IKEA 2013 ini sesuai untuk dibelek2 di masa lapang.


Plastik Buku IKEA 2013 ini digantungkan di setiap pagar kawasan perumahan kami. Terima Kasih pada pihak IKEA.

Thursday 6 September 2012

Johor Premium Outlet


Boleh sewa untuk anak2. Senang nak shopping / terapi mata & minda
Johor Premium Outlet atau JPO dikenali kerana menjual barangan branded. Bagi mereka yang gemarkan shopping bolehlah datang disini. Sila buat pilihan jika anda rasa ia berpatutan untuk anda. Jika anda rasa tidak patut dibeli bolehlah cuci mata di sini.

Alang2 dah sampai di Johor. Maka singgah sekejap di sini. Ini pun pada 15 July(ahad) lalu. Cerita pun dah basi dah. Mengambil masa 4 jam iaitu dr jam 4.00 petang -8.00 mlm. 4 jam tu termasuk lepak2, makan2, shopping2 dan solat. Selesai sesi tinjau2 di JPO ni, kami terus je airport senai. Flight untuk ke KL jam 11.00 mlm. Masih awal ketika di airport. Tujuan kami awal berada di airport kerana Along ada homework yang perlu disiapkan, maklum la esok 16 July(isin) sekolah. Maka kami memilih sudut yang agak bersesuaian untuk Along buat homework.

Terlaksanalah janji2 saya terhadap anak2 untuk bawa mereka ke Universal Studio Singapore & Maritime Museum (14 July 2012 - sabtu) dan Johor Premium Outlet (15 July 2012-ahad). Perancangan ke Singapore & Johor dibuat since april 2012 lagi, perancangan cuti ni untuk hari lahir ke 5 thn anak kecil yang bernama arwah Feqah Insyirah. Walaupun anak kecil ini sudah tiada di dunia tika itu namun janji terhadap Along dan Mukhriz tetap ditunaikan. 


Jamu selera @ Food Court

Ada taman permainan. Boleh layan anak2 disini


Masa duk tunggu Mukhriz main @ taman permaian. Along tetiba hilang. Rupa-rupanya gi beli Crepe2u. Along nii kuat betul makan. Baru je makan chicken chop tadi.

Mukhriz yang dah penat teman kami  shopping / terapi mata & minda. Beli sikit sahaja.

Along menyiapkan Homework @ airport Senai.

Maritime Experiential Museum & Aquarium(MEMA)

Setelah selesai aktiviti di USS kami singgah pula di Maritime Experiential Museum(MEMA). Maritime Experiential Museum dan Akuarium merupakan muzium yang pertama dan satu-satunya untuk mempamerkan sejarah Maritim Asia. Disini disediakan passport untuk setiap negara yang anda akan lawati. Bawa passort tersebut dan cop di setiap negara yang anda singgah. Baca Info yang disediakan untuk menambah ilmu tentang sejarah Maritim. Hanya sejam kami disini kerana masa tak mengizinkan kerana museum ini dah nak tutup. Apapun anak2 saya suka tempat ini sebab mereka sukakan sejarah. 

Mukhriz sedang cop negara yang dilawati di passport yang disediakan.
Rempah ratus

Hasil pedagangan


Macam2 yang dibawa dgn kapal

Berat tu Mukhriz heret itu unta. (Muscat, Oman)

Alat muzik (Malindi, Kenya)

Pengangkutan zaman dulu2

Kapal Replika

Harta Karun harta karun.