-

Thursday 30 August 2012

Perfect Livin 30 Ogos - 2 Sept

Cuci mata @ Perfect Livin di PWTC. Tiada bayaran dikenakan untuk pameran ini. Boleh register online jika anda ada e-mail, laptop disediakan disana. Jika tiada email isi nama anda di kertas/ borang yang disediakan oleh pihak pameran. Disini saya sertakan beberapa gambar.

Inilah beg Perfect Livin 2012 (30 Ogos - 2 Sept). Dapat tumbler juga.


Meja makan

Deco bilik



Hiasan dinding


Deco/ idea untuk bilik anak lelaki.

Universal Studio Singapore PART 3

@ WATER WORLD. Kami memilih Show 4.00 p.m. Jam 3.30 kami ke sana, kami tengok dah ramai orang beratur.


Sila pilih zone mana yang anda suka. Kami memilih splash zone.




Jom Ke Jurassic Park
 
Aktiviti yang mencabar jugak. Kanak-kanak 120cm ke atas boleh join aktiviti ini. Alhamdulilah kami sekeluarga boleh join aktiviti ini kerana Mukhriz ngam2 cecah 120cm. Pastikan pakai rain coat sebab nanti basah.
 
Keluar dari Jurasic Park mereka ber2 nampak DINO-SOARIN ini. Berkali2 cuba. Boleh la saya berehat sebentar sementara menunggu mereka. Saya dah penat tapi anak2 masih ada energy.

Jom layan transformer pula. Along & Mukhriz paling suka di zon transformer ini.
 Merry Go-Round. Berkali2 2 beradik ni cuba. Habis maskot Madagaskar yang ada mereka naik. Saya boleh berehat sambil makan pop corn.
Jom masuk ke zon  Madagaskar dengan menaiki bot. Nampak dari luar macam biasa, ala naik bot je. Tapi bila tgk keadaan sebenar terus 3 kali cuba. Menaiki bot melalui hutan yang dipenuhi maskot2 Madagaskar, pemandangan yang cantik pasti memikat hati anak2.

  Memandangkan hari dah mula gelap, dah tak ramai orang. Maka kami sempat bergambar dgn 2 maskot Madagaskar ini.


2 beradik yang dah keletihan. Mereka lepak2 dulu sementara saya shopping @ Universal Studios Store

Klik link dibawah untuk mengetahui kisah USS di part yang lain

Universal Studio Singapore Part 1

Universal Studio Singapore Part 2

Wednesday 29 August 2012

Universal Studio Singapore PART 2

Far-far away. Jom tonton. Jgn lupa pakai spek yang disediakan dan jangan lupa pulangkan balik ya.

Mukhriz tertarik dgn pen berwarna pink itu yg bergambarkan princess Fiona. Katanya nak beli untuk arwah adiknya (Arwah Feqah Insyirah). Tetiba sayu rasa hati. Saya tahu Mukhriz rindukan arwah adiknya lagipun perancangan asal dtg ke USS untuk celebrate 5th birthday arwah adiknya. Sesungguhnya arwah telah berbahagia di alam sana.

Along dah nak sama tinggi dgn mamanya


Sempat bergambar dengan karakter utamanya iaitu Makhluk Hijau (Shrek)
Belon2. Pilih2


Mukhriz takut dengan karakter ini. Terus lari meninggalkan kami.
  
Along suruh Mukhriz bergambar dengan karakter lawak ini. Kata along "adik(mukhriz) jangan takut, orang itu tak cekik adik macam karakter along tadi". Sabar je la dengan gelagat anak2 ni.

Ada berani cuba?




Takut nak naik yang pusing kat atas tuu. Kita naik yang pusing2 ini jadilah.



Klik link dibawah untuk mengetahui kisah USS di part yang lain

Universal Studio Singapore Part 1

Universal Studio Singapore Part 3

Universal Studio Singapore PART 1


Kami ke Universal Studio Singapore 15 July 2012(Sabtu) yang lalu. Inilah tempat yang saya janjikan pada arwah Feqah Insyirah untuk hari lahirnya yang ke 5. Walaupun anak kecil itu tidak mampu saya bawa, namum janji kepada anak2 lain tetap saya tunaikan juga

Dengan penerbangan airasia kami sampai di JB jam 8.15 pagi. Adik lelaki saya yang tinggal di JB yang datang menjemput kami di Senai Airport. Kami terus ke USS menaiki keretanya. Parking kereta di USS untuk sehari SGD 26.

Saya beli tiket USS dan Maritime Experiential Museum & Aquarium dari travel agent yang berdekatan dgn ofis saya. Harga tiket untuk dewasa berharga RM165 dan untuk kanak2 berharga RM125. 


Ramai yang menggunakan tiket seperti di atas. Bagi saya harganya agak berpatutan kerana kami pergi weekend dan kami dapat masuk ke USS dan Maritime Experiential Museum dengan harga tersebut.


Hujan dah reda  maka kami pun bergambar di GLOBE USS

Pada hari tersebut hujan turun dengan renyai2. Kami tetap teruskan niat kami memasuki USS. Ramai yang membeli baju hujan(SGD 3) dan payung USS. Masing2 tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di GLOBE USS itu. Begitu jugalah saya.
Singgah sebentar membeli baju Hujan

Klik link dibawah untuk mengetahui kisah USS di part yang lain

Universal Studio Singapore Part 2

Universal Studio Singapore Part 3

Sesi Tinjau Meninjau @ Galeri Jualan Tunjong Pavillion

Rumah Contoh yang dipamerkan

Dilengkapi dgn perabut2

Decoration

Dilengkapi dengan barangan elektrik


Skybridge

Shop Lot. Senang nak shopping nanti.



Sesuai untuk family. 2 kubah putih di belakang sana ialah surau.
Di belakang sana EN.H tengah berbincang dgn salesman.
Kami memilih level 8(no 23)

Monday 27 August 2012

1 Syawal - 8 Syawal 1433


Kami menyambut Syawal tahun ini dengan perasaan yang Hiba, Sayu dan Kerinduan. Takkala orang lain bergembira kami diselebungi perasaan yang sayu terkenangkan arwah Feqah Insyirah. Rindu akan gelak tawanya, rindu akan gelagatnya dan rindu akan raut wajahnya. Kami sekeluarga tempuhi dugaan ini dengan penuh kesabaran.

Kami menziarahi pusara arwah Feqah Insyirah 2 kali iaitu sebelah pagi (kami dan ahli keluarga En.H) manakala petang selepas asar kami sekali lagi menziarahi pusaranya (kami dan ahli keluarga saya).

Saya cuba untuk menyembungikan airmata ini namun naluri seorang ibu tidak boleh menipu perasaan. Akhirnya saya tewas bertarung dengan perasaan sendiri. Tanpa disedari airmata berlinangan dipipi. Kerinduan terhadap arwah Feqah Insyirah tak dapat dilupakan takkala memandang kanak2 perempuan yang sebaya dengan  arwah Feqah Insyirah.


2 syawal 1433 genap 12 tahun usia perkahwinan kami. Tanggal 2 syawal 1421H (28 disember 2000) kami bergelar suami isteri. Kami menyambut 2 kali aniversary iaitu setiap 2 syawal dan juga setiap 28 Disember. Alhamdulilah kami layari alam perkahwinan ini dengan penuh kebahagian. Dugaan yang datang kami lalui dengan penuh kesabaran.

Dugaan yang datang membuatkan kami semakin menghampiriMU Ya ALLAH. Sesungguhnya kami sangat bahagia dianugerahkan dengan 3 cahaya mata.

Salah seorang anak kami telah kembali ke Rahmatullah. Kami Redha dengan ketentuanMU kerana kami sedar betapa kasihnya kami pada anak itu, kami tidak mungkin mampu memberi sebaik yang Allah sediakan untuknya di alam sana.


Along demam dan mengalami lelah. Along lelah disebabkan asap bunga api yang dimain oleh Mukhriz, pakciknya dan sepupu2nya. Seperti biasa ke klinik untuk ambil gas untuk melegakan lelah.

Maka pada hari ini kami berehat dirumah sahaja menemani along. Memandangkan kami berada di kampung maka setiap harilah kami ke pusara arwah Feqah Insyirah. Dek kesibukan melayan along demam maka saya dan En.H menziarahi pusara arwah Feqah Insyirah jam 7.00 petang. Hujan renyai ketika itu, derauan angin yang menyejukkan membuatkan air mata pun turun seranyai hujan yang turun. Mata pun dah mula menunjukkan kesan lembam di bawah kelopok mata.


Musim perayaan ramai yang buat Reunion. Maka kami tidak melepaskan peluang untuk berjumpa kawan-kawan lama. Kenangan zaman2 persekolahan mengamit memory indah. Masing2 dengan kerjaya tersendiri dan keluarga masing2. Suasana yang cukup meriah dengan gelak tawa dan usik mengusik dari kawan2 lama.



Kami berkunjung ke galeri jualan Tunjong Pavillion. Kami telah tertarik dengan dengan development yang disini. Bila hati sudah tertawan maka kami membuat keputusan untuk memiliki property yang ditawarkan.

Inilah hadiah ulangtahun kami yang ke 12 tahun. Kami telah membooking salah satu Serviced Suites di Pavilion Garden Resort Suites sebagai investment kami di Kelantan. Kami memilih level 8 dan number Serviced Suites  itu ialah 23-8 iaitu bersamaan dengan tarikh kami book iaitu pada 23 ogos(Khamis). Insya Allah property ini akan siap penghujung tahun 2015.

Terima Kasih YA ALLAH atas segala rezeki yang dilimpahkan kepada kami.


Perancangan asal kami mahu pulang ke KL lepas asar hari jumaat. Namun perancangan tersebut ditunda keesokkannya iaitu sabtu pagi. Ini disebabkan adik beradik En.H juga tertarik dengan investment yang kami booking @ Tunjong Pavillion.

Maka jam 11 pagi saya sekali lagi ke galeri jualan Tunjong Pavillion bersama ahli keluarga En.H. Hasilnya 3 adik beradik En.H juga membooking Serviced Suites tersebut tapi mengambil level yang berlainan. Deposit untuk 3 beradik En.H dibayar menggunakan cek abah En.H. Untung adik-adik mereka di sponsor oleh abah. Sedangkan kami bayar dengan duit kami sendiri. 

Sebagai abang dan juga yang sulung maka En.H yang mengetuai dan berurusan dengan pihak Tunjong Pavillion. Insya Allah kami juga akan mendapat bahagian kami nanti kerana mempromote Serviced Suites kepada adik beradik. Itulah yang dinamakan rezeki. Masing2 dengan rezeki masing2.

Insya Allah 4 beradik-beradik ini akan memiliki salah satu Serviced Suites di level 5(23-5), di level 7(23-7), di level 8(23-8)dan  di level 10(23-10). Terima Kasih YA ALLAH.


Sabtu pagi bertolak dari kampung halaman ke KL jam 8.10 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 9 jam 20 minit untuk sampai ke KL. Alhamdulilah tidak mengalami kesesakan jalanraya. Kali ini kami banyak berenti. Jam 5.30 petang kami selamat tiba di Bandar Kinrara, Puchong.


Ahad merupakan hari untuk mengemas rumah. Tak lupa juga untuk melihat homework anak2 yang telah lama(seminggu) mereka lupakan. Bila sekolah bermula maka aktiviti seorang ibu juga bertambah. Aktiviti menggosok baju sekolah merupakan aktiviti yang paling saya tak suka dan memboringkan. 

Menyediakan sandwich dan teh tarik untuk breakfast. Manakala lunch saya masak nasi ayam. Bertambah2 Along dan Mukhriz makan nasi tersebut, mereka kata "lama tak makan masakan mama". Maklumlah sepanjang dikampung nenek mereka yang sediakan masakan, saya sekadar menolong dan mengemas dapur sahaja, bab2 masak nenek2 mereka lagi teror. Dapat jemputan open house dari jiran, maka lepas asar kami pun  berkunjung ke rumah jiran. Alhamdulilah, makanan yang disediakan memang sedap dan yang untungnya saya tak perlu sediakan makan malam(masih dlm mood bercuti  byk malas dr rajin).

Kembali bekerja setelah cuti beRAYA



Setelah seminggu bercuti sempena Aidilfitri,maka hari ini 27/8/2012 kembali bekerja. Suasana hujan di pagi hari membuatkan mood untuk bekerja agak malas sedikit. Maklumlah setelah sekian lama bercuti, nak dapatkan mood bekerja perlukan masa sedikit.

                      Selamat Memulakan Kerja.

Friday 17 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam Lebaran saya tujukan kepada semua yang mengenali saya dan juga yang sudi menjadi  pembaca blog saya. Semoga kehadiran aidilfitri kali ini dapat mengeratkan lagi silaiturahim.